oleh Shahbudin Husin

Berikut adalah jawapan Tun Mahathir Mohamad tentang kemungkinan beliau bakal menjadi Perdana Menteri semula lantaran kebelakangan ini isu tersebut menjadi perbualan ramai dan diperkatakan di mana-mana.

Beliau memberikan jawapan itu ketika menjawab soalan dalam program #HangpaTanyaChedetJawab versi 2 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebooknya, semalam.

“Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui, mungkin saya terpaksa pertimbang.

“Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi Perdana Menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri semula,” tegasnya.

Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menjadi penasihat.

“Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.

“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian,” katanya lagi.

Apakah makna paling mudah untuk kita fahami daripada jawapan Tun Mahathir itu?

Pertama, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri semula setelah Najib Razak disingkirkan.

Kedua, keputusan melantik Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14 mesti dilakukan melalui perbincangan dalam gabungan itu dan akhirnya satu keputusan konsensus hendaklah dicapai.

Ketiga, kemungkinan Tun Mahathir kembali menduduki kerusi Perdana Menteri hanyalah jika terpaksa saja dan ia pula diputuskan oleh Pakatan Harapan sendiri.

Keempat, berdasarkan pengalaman mentadbir dan beberapa kejayaan yang dicapainya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini, Tun Mahathir hanya berharap untuk memberikan nasihat-nasihat berguna demi memulihkan kembali imej negara yang telah dirosakkan oleh Najib sejak 2009 yang lalu.

Kelima, keinginan mencapai kemenangan dalam PRU 14, menjadi penasihat atau apa saja selepas itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada terus rosak dan musnah binasa.

Tidak seperti Najib yang telah melakukan banyak kerosakan dan ingin memenangi PRU 14 semata-mata untuk menyelamatkan nasib dirinya, Tun Mahathir sebaliknya tiada apa-apa lagi kepentingan bersifat peribadi yang ingin diperjuangkannya.

Sebagaimana beliau melepaskan jawatannya pada 2003 dahulu dalam keadaan negara aman dan makmur, Tun Mahathir bersedia “mengotorkan tangannya” sekali lagi dalam perjuangan menyingkirkan Najib, UMNO dan BN ini tidak lain adalah bagi memulihkan semula negara dan kemudian meninggalkannya buat kita semua dalam keadaan yang lebih baik dan sejahtera.

Dalam menjangkau usia 92 tahun dan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan panjang umur oleh Tuhan, beliau dengan perjuangannya adalah untuk menyelamatkan kita semua.

Apakah kita masih tidak mahu bersama dengan seseorang yang sepatutnya selesa bersara, tetapi masih terus berjuang kerana sayangkan negara dan dengan harapan generasi tinggalannya nanti dapat hidup dengan lebih selesa. – ShahbudinHusin

KLIK BACANajib tidak bolehkah sempena Ramadan bersikap jujur berkata benar?

KLIK BACA: Kerana 1MDB saya dipecat ini luar biasa – Muhyiddin

KLIK BACAShafee didakwa terima wang Najib, Anwar gesa siasat

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar peguam negara buktikan wang 1MDB masih ada?

KLIK BACA: Zaid mahu tolong bersihkan nama Najib

KLIK BACA: Kit Siang cadang Najib jalani ujian poligraf terlebih dahulu

KLIK:  Video Dr Mahathir pandu uji Proton naik Genting Highlands

KLIK BACA: Pendakwaan mahkamah isu 1MDB di Singapura sekadar cerita rekaan? – Saifuddin Nasution

KLIK BACAKadir Jasin: Negara kafir lebih peduli penipuan 1MDB

KLIK BACARamadan yang mulia saudara seislam Umno taubatlah pulangkan wang rakyat – Mujahid Yusof Rawa

Tolong Komen & Share