MELBOURNE: Satu kejadian tembakan maut diakui kumpulan Islamic State (IS) dianggap sebagai serangan pengganas oleh polis Australia semalam, ketika perdana menteri mengecam krisis itu sebagai mengejutkan dan bersifat pengecut.

Seorang lelaki Somali terkorban dalam pertempuran bersenjata dengan polis selepas ketegangan selama sejam selepas menjadikan seorang wanita pengiring sebagai tebusan di blok apartmen yang dibaiki di Melbourne pada petang kelmarin.

Ia menyatakan Yacqub Khayre, 29, dikaitkan dengan rancangan keganasan 2009 menyasari berek tentera Australia, mulanya membunuh seorang lelaki Cina tempatan yang bekerja sebagai penyambut tetamu di lobi.

Pihak polis menyatakan dia telah membuat beberapa kenyataan mengenai Al-Qaeda dan menyeru stesen televisyen tempatan melakukan komen yang sama, melaporkan: “Ini adalah untuk IS, ini adalah untuk Al-Qaeda.”

Pihak berkuasa melabelkan serangan sebagai insiden keganasan namun menambah siasatan masih lagi menentukan sama ada ia dirancang atau secara rambang.

Ketua pesuruhjaya Polis Victoria Graham Ashton menyatakan Khayre mungkin cuba mengumpan polis dengan mengambil wanita terbabit, dipercayai pelacur, sebagai tebusan.

“Kami masih tidak mengetahui kejadian sebenarnya,” kata Ashton, namun polis percaya suspek bertindak sendirian dan tiada ancaman lain.

Agensi berita Amaq yang dikaitkan dengan IS membawa kenyataan mengaku bertanggungjawab.

Pihak berkuasa memberikan respons kepada laporan letupan di dalam bangunan, yang kemudian didapati sebagai satu tembakan senjata, di pinggir pantai terkenal Brighton sebelum menemui mayat di lobi.

“Didapati dia (Khayre) keluar dari apartmen dengan membawa selaras senapang patah dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis di pintu masuk apartmen,” kata Ashton.

“Dia berbalas tembakan dengan polis sebelum ditembak mati di tempat kejadian.”

Tebusannya terselamat tanpa sebarang kecederaan namun tiga anggota polis cedera dalam pertempuran itu, walaupun kecederaan mereka tidak membahayakan nyawa.

Khayre, yang mana ibu bapanya merupakan pelarian dari Somalia, memang dikenali oleh pihak polis dan mempunyai satu sejarah jenayah yang panjang.

Dia telah didakwa dan disabitkan atas satu rancangan yang gagal untuk menyerang berek Tentera Holsworthy di Sydney pada 2009.

Tiga rakan subahatnya didapati bersalah kerana merancang serangan pengganas sebagai balasan balik terhadap tindakan tentera Australia di Timur Tengah.

Khayre dibebaskan dengan parol pada lewat tahun lepas selepas menjalani hukuman atas kesalahan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan dan pembakaran secara sengaja. — AFP

KLIK BACA: Pekerja Proton tak dibenar bercakap bertemu saya, luah Dr Mahathir

KLIK BACA: Zakaria Arshad digantung tugas – dakwa cuba hentikan pelaburan FGV yang tak masuk akal

KLIK BACA: Dua peguam sahkan terima wang dari NAJIB

Tolong Komen & Share