Zhang Jian yang mengisytiharkan dirinya sebagai ‘bakal orang paling kaya di dunia’ telah ditangkap di Indonesia dan dihantar pulang ke China untuk berdepan tindakan undang-undang.

Zhang Jian, atau nama sebenarnya Song Miqiu, dipercayai menjadi dalang di sebalik beberapa skim cepat kaya di China, Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Laman web www.ysmwxb.com tentang ‘skim duit syiling’ yang diperkenalkannya kini sudah tidak boleh diakses dan lebih 5,000 rakyat Malaysia dengan pelaburan RM17.5 juta kini terkapai-kapai, lapor Oriental Daily.

Sin Chew Daily melaporkan bahawa menurut media tanah besar China, polis mengesan Jian dengan bantuan daripada rakan-rakan di Indonesia dan Kedutaan China di negara itu.

Siasatan polis China mendedahkan bahawa Jian telah menubuhkan sebuah syarikat perdagangan, Yun Shu Mao dengan rakannya pada November 2012 bagi skim pemasaran pelbagai peringkat secara haram, yang melibatkan sehingga 600 juta yuan (RM376.63 juta).

Dia menjadi tajuk berita utama dalam media Malaysia pada tahun 2014 apabila papan iklannya muncul di Pulau Pinang, mengisytiharkan dirinya sebagai ‘bakal manusia terkaya di dunia’ malah menghadiahkan kereta mewah kepada ‘pengedar bertuah’nya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kemudian melancarkan siasatan ke atas syarikat Jian tetapi dia melarikan diri ke Thailand.

Pada 27 Oktober 2014, polis Thai menahan Jian, isterinya Yoyo Wang Wen Fang, 29, dan orang kanannya Geng Lian Bao berhubung skim piramid dan merampas aset bernilai 240 juta baht (RM30 juta).

Selepas dibebaskan pada 2016, beberapa penyokong mendakwa bahawa dia masih berada di Thailand tetapi lokasi sebenar dirinya ketika itu adalah misteri.

Polis China beberapa kali menghantar pegawai mereka untuk mengesan dirinya dan juga mengeluarkan amaran merah Interpol terhadap Jian pada Mac 2016.

Mereka juga memohon kerjasama daripada pihak polis di Thailand, Malaysia dan Indonesia untuk menyiasat aktiviti Jian.

Baru-baru ini, Jian dilihat membuat kemunculan semula di Malaysia dengan menggalakkan Wu Xin Bi, duit syiling yang didakwa mempunyai nilai pelaburan di Internet. – The Star | MRM

KLIK BACA: Dr Mahathir – Jadi PM semula dengan syarat semua setuju – Nikkei Asian Review

KLIK BACA: Pilih Isa Samad atau saya, kata Zakaria kepada pemegang saham FGV

KLIK BACATak pernah berlaku dalam sejarah Felda dan FGV, kata Datuk Zakaria Arshad 

KLIK BACAZakaria jadi mangsa Isa Samad, kata Persatuan Anak Peneroka Felda 

KLIK BACA: Kucing ‘status’ lebih penting dari rakyat?

KLIK BACA: Pekerja Proton tak dibenar bercakap bertemu saya, luah Dr Mahathir

KLIK BACA: Zakaria Arshad digantung tugas – dakwa cuba hentikan pelaburan FGV yang tak masuk akal

KLIK BACA: Peguam Najib dipuji buat pengakuan jujur berterus-terang

KLIK VIDEO: Tun Mahathir pujuk Jho Low pulang jangan takut…

Tolong Komen & Share