Habib Rizieq dan Firza Husein – Foto Kumparan News

Kisah cinta gelap antara ibu tunggal, Firza Husein dengan ulama berpengaruh Rizieq Shihab, dapat diikuti selengkapnya melalui satu laman sesawang yang kemudian diadukan penyokong Rizieq kepada pihak polis Indonesia.

Ketua Polis Metro Jaya, Jakarta, Mochamad Iriawan, berkata pihaknya masih mencari siapa pemilik laman sesawang berkenaan.

Katanya, berdasarkan maklumat diperoleh penyiasat, alamat protokol Internet digunakan pengendaliknya berada di AS.

“Pelayan itu dari luar, dari Amerika dan anonymus (tidak dikenali). Kami sedang lakukan siasatan,” katanya lapor Kompas.

Rizieq kini dikehendaki polis untuk disiasat mengikut Akta Pornografi 2008 berkaitan siri sembang seks seorang lelaki dengan Firza.

Ketua Front Pembela Islam (FPI) itu berkali-kali menegaskan dia tidak terlibat dalam perbualan menggunakan aplikasi WhatsApp berkenaan.

Sebuah laman sesawang kemudian dibuka dan menyiarkan siri perbualan berkenaan yang turut membabitkan beberapa imej bogel yang disahkan polis sebagai Firza.

Rizieq kini berada di Arab Saudi dan belum menampakkan sebarang bayangan bila dia akan pulang ke Indonesia bagi membolehkan keterangannya diambil polis.

Penyokong syak konspirasi

Sementara itu peguam Rizieq, Sugito Atmo Pawiro, berkata dia tidak yakin dengan penjelasan diberi Mochamad Iriawan.

“Saya syak polis menuding kepada pihak anonymous yang ada di AS supaya kewajiban untuk menangkap mereka tidak terus terbeban kepada mereka,” katanya.

Alasan Sugito, telefon bimbit Firza – dipercayai mengandungi perbualan berkenaan – pernah dirampas polis semasa dia disoal siasat pada 2 Disember 2016.

Ketika itu Firza ditahan kerana disyaki terbabit dalam pakatan untuk menjatuhkan kerajaan bersama beberapa yang lain, termasuk seorang anak Sukarno.

Perbualan intim hal-hal atas ranjang itu tersebar meluas dan menjadi tular pada 29 Januari lalu.

Namun Sugito enggan menuding jari kepada polis begitu saja.

“Saya tidak menuduh, tetapi harus diselidik. Telefon bimbit yang dirampas anggota polis boleh tersebar ke mana-mana,” katanya.

Sementara itu Mochamad Iriawan sekali lagi menggesa Rizieq kembali untuk berdepan dengan polis Indonesia supaya kes itu dapat diselesaikan segera.

“Sudahlah, pulang dan hadapi, kok takut banget, ada apa sih?” katanya.

Jika yakin tidak bersalah, kata Mochamad Iriawa, Rizieq perlu pulang kerana dia tidak akan dihukum begitu saja, sebaliknya akan diadili jika perlu.

KLIK BACA: Najib tak mahu komen Anwar saman ketepikan sabitan liwat

KLIK BACA: Anwar fail saman mohon dibebaskan dari penjara susulan pendedahan Sarawak Report

KLIK BACA: Sikap Najib jadikan Msia gagal jadi pendamai negara Islam – Mat Sabu

Tolong Komen & Share