Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Julia Perez atau nama sebenar Yulia Rachmawati meninggal dunia hari ini 10 Jun 2017 di hospital Cipto Mangunkusumo, Jakarta Pusat. – Foto Sinar Global

Nia Anggia bersama Julia Perez yang terbaring lemah sambil  memegang tangan kakaknya.

Berita kematian Julia Perez  atau Yulia Rachmawati itu disampaikan adiknya, Nia Anggia menerusi laman instagramnya, lapor BBC Indonesia.

Julia menghidap kanser serviks telah dimasukkan ke hospital di Jakarta sejak Februari lalu kerana keadaannya tidak stabil.

“Innalilahiwainailaihirojiun. Telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua. Terima kasih semua atas supportnya selama ini, separuh jiwa ku pergi…” tulis Nia di laman instagramnya.

Julia meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas pembedahan. Dia disahkan menghidap kanser serviks pada September 2014. Dia juga pernah menjalani rawatan di Singapura.

Setahun selepas itu, Julia mengumumkan sudah bebas dari kanser. Namun, tidak lama selepas itu, ada ketumbuhan kecil di bahagian rahimnya dan beberapa bulan selepas itu, kanser kembali menyerang, kali ini merebak dengan begitu cepat.

Julia merupakan artis Indonesia kedua yang meninggal dunia akibat kanser selepas pelakon Yana Zein meninggal dunia pada 1 Jun 2017 akibat kanser payudara.

KLIK BACA: Keajaiban kalimat Innalillahiwainnalillahirojiun Hadis Nabi Muhammad SAW

KLIK BACA: Najib tak mahu komen Anwar saman ketepikan sabitan liwat

KLIK BACA: Sikap Najib jadikan Msia gagal jadi pendamai negara Islam – Mat Sabu

Tolong Komen & Share