Hans Isaac dan tunangnya, Gabriella Robinson sepatutnya akan berkahwin pada 29 Julai depan. – Foto Utusan Online

Gabriella Robinson bakal isteri Hans Isaac – Foto The Sun Daily

Aktor Datuk Hans Isaac terpaksa menunda hari bersejarahnya ke satu tarikh yang belum diputuskan lagi.

Hans dan tunangnya, Gabriella Robinson sepatutnya akan berkahwin pada 29 Julai depan.

“Kami terpaksa tangguhkan tarikh kahwin untuk beberapa bulan lagi kerana mahu ayah Gabby berada bersama dengan kami di hari bersejarah itu nanti.

“Ayah Gabby terikat dengan kontrak kerja di luar negara dan tidak boleh menghadirkan diri pada tarikh tersebut.

“Persiapan semua dah hampir 70 peratus siap. Hamya belum tetapkan tarikh yang baharu sahaja dan kami tetap akan berkahwin pada tahun ini juga, ” katanya.

Tolong Komen & Share