Shahbudin Husin mendakwa laporan Sarawak Report yang telah disekat SKMM ada kebenarannya antara buktinya ia diakui oleh Khalid Abu Bakar sendiri dalam beberapa isu. – Foto FMT

oleh Shahbudin Husin

KATA Salleh Said Keruak, apa saja yang dilaporkan oleh laman sesawang Sarawak Report mengenai negara ini adalah tidak benar.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak mempercayai laporan-laporan yang dibuat oleh portal tersebut.

Betulkah Sarawak Report tidak boleh dipercayai?

Jika laporan Sarawak Report mengenai dakwaan bahawa Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan liwat 2 melibatkan Anwar Ibrahim adalah tidak benar, mengapa kedua-dua mereka masih berdiam diri sehingga ini?

Adakah terlalu sukar menyebut perkataan “tidak” jika betul dakwaan itu tidak benar?

Adakah orang yang hanya tahu berdiam ketika dakwaan ditujukan kepada mereka lebih boleh dipercayai berbanding Sarawak Report yang terbuka untuk dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan kebenaran dakwaan yang dibuatnya?

Kiranya laporan Sarawak Report tidak benar dan tidak boleh dipercayai sebagaimana yang disebut oleh Salleh, bagaimana pula Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar boleh mengesahkan bahawa seorang suspek yang ditahan SPRM berhubung kes rasuah bagi melindungi aktivti judi haram dan rumah urut di Melaka adalah kenalannya sebagaimana yang didedahkan oleh portal berkenaan, sebagai betul.

Sarawak Report dalam pendedahannya mendakwa suspek berkenaan, Gopinathan Krishnan, adalah kenalan Khalid dan keluarganya. [laporan Astro Awani]

Saya akui dia kenalan saya dan keluarga, kata Khalid.

Bagaimanapun, kata Khalid, beliau tidak akan melindungi sesiapa yang berkawan dengannya jika mereka terlibat dengan aktiviti jenayah atau menyalahi undang-undang.

Maknanya, laporan Sarawak Report ada juga kebenarannya dan ia diakui oleh Khalid sendiri.

Maka, rakyat Malaysia harus percaya Sarawak Report atau tidak selepas ini?

Atau mereka hanya perlu percaya laporan Utusan dan TV3 semata-mata?

*Shahbudin Husin adalah seorang blogger. Tulisan ini pendapat peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysian Review.

KLIK BACA: AS mahu pulangkan duit Malaysia untung, pertikai saman DOJ seakan bela Jho Low

KLIK BACAJabatan Kehakiman Amerika ‘kari pedas’ untuk Najib – Kadir Jasin

KLIK BACA: Khairuddin: Saman DOJ terbaru, sampai masa ahli Umno tinggalkan parti atas prinsip kebenaran

KLIK BACA: Untuk makluman Apandi, Kit Siang ulas ‘perenggan panas’ DOJ sita aset 1MDB

KLIK BACA: Muhyiddin seru Rosmah pulangkan barang kemas RM128 juta

KLIK BACA: Nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low – Tuan Ibrahim PAS

KLIK VIDEO: Foto First Lady Rosmah dalam video Al-Jazeera

KLIK BACA: DoJ dedah Jho Low beli barang kemas RM5.5 juta untuk ‘isteri MO1’

Tolong Komen & Share