Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad di majlis pelancaran Sahabat SPRM di Berjaya Times Square. Foto The Malaysian Insight

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad meminta orang ramai agar tidak takut menyalurkan maklumat berkaitan rasuah kepada SPRM.

Katanya, maklumat orang ramai banyak membantu SPRM untuk menyiasat dan mengenal pasti kejadian rasuah yang berlaku di negara ini.

“Mana-mana individu yang datang kepada kami, kita akan jaga maklumat berkaitan mereka.

“Ini penting buat pemberi maklumat kerana kita ada akta yang melindungi mereka, jadi mereka terkawal dan terlindung di bawah perundangan yang telah digubal,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Sahabat SPRM di Berjaya Times Square pada Sabtu.

Sahabat SPRM merupakan antara inisiatif terkini SPRM bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat pemberi dan penerima rasuah terus kepada agensi itu.

Kerjasama dengan pihak Berjaya Times Square dan 7-Eleven membolehkan lebih 2,000 premis 7-Eleven menjadi tempat orang ramai mendapat maklumat berkaitan kaedah melaporkan kejadian rasuah terus kepada SPRM.

Pada masa sama, SPRM turut mempelawa syarikat serta agensi lain untuk turut bekerjasama dengan mereka bagi memastikan kesedaran rasuah dipertingkat menjelang 2020. – Astro Awani

KLIK BACA: Khairuddin: Saman DOJ terbaru, sampai masa ahli Umno tinggalkan parti atas prinsip kebenaran

KLIK BACA: Untuk makluman Apandi, Kit Siang ulas ‘perenggan panas’ DOJ sita aset 1MDB

KLIK BACA: Muhyiddin seru Rosmah pulangkan barang kemas RM128 juta

KLIK BACA: Nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low – Tuan Ibrahim PAS

KLIK VIDEO: Foto First Lady Rosmah dalam video Al-Jazeera

KLIK BACA: DoJ dedah Jho Low beli barang kemas RM5.5 juta untuk ‘isteri MO1’

KLIK BACA: Peguam Tun Mahathir cabar Najib bantah tindakan DOJ panggil duta AS

KLIK BACA: Media Qatar – Al Jazeera pertahan laporan kes bunuh ALTANTUYA

Tolong Komen & Share