ALOR SETAR 18 Jun 2017: Siasatan awal ke atas pemborong beras Cap Rambutan, syarikat OEL Distribution (Kedah) Sdn Bhd dekat sini yang tular dikatakan menggunakan beras plastik, mendapati syarikat itu menggunakan beras tulen.

Pemangku Pengarah Pejabat Kawal Selia Padi negeri, Mohd Hidzir Selamat berkata melalui pemeriksaan yang dilakukan beliau dan sepasukan lima anggotanya pagi tadi mendapati beras di kilang tersebut diambil dari sumber yang sah.

“Kami telah mengambil sampel beras dan menjalankan beberapa ujian tekstur dan ujian iodin dan hasilnya kami dapati ia mempunyai kanji dan merupakan beras tulen.

“Malah kami turut melakukan pemeriksaan ke atas mesin pengampit beras di premis berkenaan dan ia bukan digunakan untuk membuat beras plastik,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tetap akan menghantar sampel beras berkenaan ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan dan komposisi sebenar, sekali gus mengetahui keputusan yang lebih tepat.

Terdahulu, pihaknya melakukan pemeriksaan di sekitar premis tersebut dan melakukan beberapa ujian bagi memastikan ketulenan beras, termasuk memasak sendiri beras berkenaan.

Pemeriksaan itu dilakukan susulan video tular seorang lelaki mendakwa beras Cap Rambutan sebagai beras plastik, melalui tindakannya mengepal nasi dan membaling ke arah benda yang keras dan mendapati ia tidak pecah.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya kepada maklumat tidak sahih yang disebarkan di media sosial, sebaliknya merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu. – Bernama

Nota Ana Ghoib: Bodoh nak mampus – patut-patutlah nak viral pun – nasi berkanji dikepal-kepal uli kemudian lontar ke lantai memanglah macam bola squash jadinya …. 😛

KLIK BACA: Khairuddin: Saman DOJ terbaru, sampai masa ahli Umno tinggalkan parti atas prinsip kebenaran

KLIK BACA: Untuk makluman Apandi, Kit Siang ulas ‘perenggan panas’ DOJ sita aset 1MDB

KLIK BACA: Muhyiddin seru Rosmah pulangkan barang kemas RM128 juta

KLIK BACA: Nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low – Tuan Ibrahim PAS

KLIK VIDEO: Foto First Lady Rosmah dalam video Al-Jazeera

Tolong Komen & Share