Pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim menarik diri sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

KUALA LUMPUR 18 Jun 2017: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhatian seharusnya diberikan dalam usaha memenangkan calon PH pada PRU ke 14, bukannya membenarkan isu lain seperti perebutan kuasa, kedudukan dan keterlanjuran kata dalam kalangan pimpinan.

“Bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pilihan raya umum, saya memilih untuk tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, pergeseran yang berlaku hanya akan memenatkan memandangkan keputusan sebenar akan dibuat rakyat dalam PRU akan datang.

“Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu pada pengukuhan jentera dan menarik dokongan rakyat,” katanya lagi.

Jelasnya, tradisi musyawwarah dan konsensus seperti yang diamalkan dalam Pakatan Rakyat sebelum ini perlu digunakan di mana semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan Pengerusi hanya sebagai penyelaras.

“Adapun usul Bersatu untuk merombak struktur Pakatan Harapan dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden dalam struktur baru Pakatan Harapan, dikhuatiri akan merombak kerangka Pakatan Harapan menjadikannya mirip BN.

“Maka kesediaan semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan,” jelasnya lagi.

KLIK BACA: Tun Mahathir ketuai PH beri ketakutan dan kegerunan kepada Najib

KLIK BACA: AS mahu pulangkan duit Malaysia untung, pertikai saman DOJ seakan bela Jho Low

KLIK BACAAdakah Muhyiddin yang pertama disaman Rosmah bukan DOJ?

KLIK BACAJabatan Kehakiman Amerika ‘kari pedas’ untuk Najib – Kadir Jasin

KLIK BACA: Khairuddin: Saman DOJ terbaru, sampai masa ahli Umno tinggalkan parti atas prinsip kebenaran

KLIK BACA: Nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low – Tuan Ibrahim PAS

KLIK VIDEO: Foto First Lady Rosmah dalam video Al-Jazeera

Tolong Komen & Share