Tuan Ibrahim Tuan Man mengulas tindakan kerajaan membatalkan GST terhadap 60 barang selepas mencadangkannya. – Foto Pas Selangor

PAS yakin cadangan kerajaan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barang makanan, sebelum membatalkannya mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan jaminan kerajaan supaya cadangan itu tidak akan diteruskan selepas PRU14.

Tuan Ibrahim juga ingin tahu jika Jabatan Perbendaharaan kini berada di tahap kritikal sehingga BN sanggup mencadangkan pelaksanaan GST ke atas makanan asas, ketika PRU14 perlu diadakan dalam tempoh kurang 14 bulan.

“BN tidak lagi boleh dikekalkan sebagai kerajaan. Ini kerana PAS menjangka jika BN terus memerintah, rakyat akan dipaksa membayar GST untuk petrol dan juga ubat-ubatan.

“Cadangan terbaru menunjukkan BN sanggup melanggar janjinya untuk tidak mengenakan GST terhadap makanan asas. Tiada jaminan bagi rakyat, BN tidak akan melanggar janjinya yang lain, jika ia kekal berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, China Press memetik Ketua Pengarah Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy sebagai berkata, lebih 60 barang makanan akan dikenakan GST termasuk teh, kopi, rempah, makanan laut seperti belut dan ikan todak, mulai 1 Julai ini.

Buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri serta sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan dikenakan cukai 6%.

Bagaimanapun, Subromaniam kemudiannya dilaporkan FMT berkata, kerajaan membatalkan hasrat mengenakan GST ke atas lebih 60 barangan makanan.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, jika GST dikenakan ke atas lebih 60 barang makanan itu, sudah tentu ia akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi.

Tuan Ibrahim memetik laporan Bank Negara Malaysia yang menyasarkan kadar inflasi akan meningkat pada purata 3 hingga 4% tahun ini.

Katanya, kadar inflasi mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 8 tahun pada Mac lalu, apabila ia melambung kepada 5.1%, sebelum menurun kepada 4.4% sebulan kemudian. Kadar inflasi dijangka kekal pada paras 4% pada Mei.

KLIK VIDEO: Dr Mahathir cadang Rosmah saman DOJ

KLIK BACA: Adakah Muhyiddin yang pertama disaman Rosmah bukan DOJ?

KLIK BACA: AS mahu pulangkan duit Malaysia untung, pertikai saman DOJ seakan bela Jho Low

KLIK BACA: “Siasatan DOJ 1MDB menteri pertikai tapi artis Hollywood sanggup serah aset” – ADUN PERAK

KLIK BACAJabatan Kehakiman Amerika ‘kari pedas’ untuk Najib – Kadir Jasin

KLIK BACA: Khairuddin: Saman DOJ terbaru, sampai masa ahli Umno tinggalkan parti atas prinsip kebenaran

KLIK BACA: Nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low – Tuan Ibrahim PAS

KLIK VIDEO: Foto First Lady Rosmah dalam video Al-Jazeera

Tolong Komen & Share