Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tindakan saman terbaru DOJ dan jawapan balas dari Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – Foto FMT

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap reaksi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung tindakan terkini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat terhadap penyelewengan dana 1MDB boleh “mentertawakan”.

Tun Mahathir di dalam tulisan diblognya chedet,cc bertajuk ‘APANDI’S APPREHENSION ‘ menulis bahawa sejak DOJ memfailkan saman sivil pada Khamis lalu, kenyataan Apandi bahawa Jabatan Peguam Negara tidak dirujuk oleh DOJ adalah aneh kerana Malaysia tidak pernah memberikan kerjasama dengan penyiasat asing.

Tun Mahathir merujuk Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber sebelum ini dilaporkan berkata bahawa rakan sejawatannya dari Malaysia tidak menyahut permintaan untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

Tun Mahathir juga berkata, “kekecewaan” Apandi kononnya bahawa DOJ gagal memaklumkan Jabatan Peguam Negara Malaysia adalah tidak berasas kerana tuduhan pengubahan wang haram itu berlaku di luar negara iaitu di Amerika Syarikat.

“Sama ada penjenayah Malaysia atau bukan, adalah tidak relevan.

Apakah AG Malaysia mengharapkan untuk masuk campur dalam pernyataan 250 halaman yang telah dikeluarkan?

atau mengharapkan bahawa DOJ akan mengisytiharkan pernyataan itu adalah rahsia rasmi [OSA], yang akan disembunyikan daripada orang ramai?

atau mengharapkan DOJ mengisytiharkan bahawa tidak ada sebarang salah laku berdasarkan pernyataan itu?

atau mengharapkan DOJ akan menyoal ‘Malaysian Official 1’ bagi mengesahkan bahawa dia tidak terlibat dalam mana-mana salah laku?

atau mengharapkan DOJ menutup kes itu selepas penjenayah yang dituduh telah menafikan dia telah melakukan sebarang salah laku?” soal Tun Mahathir.

Petikan tulisan Tun Mahathir: “Truly reading the statements by the Department Of Justice is hair-raising. Nothing on this scale had ever happened in Malaysia. Indeed even the officials of the Department of Justice of the United States were flabbergasted at the scale of money laundering, the greed and the robberies which had taken place. They believe this is the biggest case of money laundering that they have ever come across.” – Baca lanjut beserta dokumen DoJ KLIK SINI

KLIK VIDEO: Najib tanya balik siapa nak saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika

KLIK BACA: DOJ dakwa rantai berlian isteri MO1 dibeli guna duit derma yang dipulangkan

KLIK VIDEO: Dr Mahathir cadang Rosmah saman DOJ

KLIK BACA: Adakah Muhyiddin yang pertama disaman Rosmah bukan DOJ?

KLIK BACA: AS mahu pulangkan duit Malaysia untung, pertikai saman DOJ seakan bela Jho Low

KLIK BACA: “Siasatan DOJ 1MDB menteri pertikai tapi artis Hollywood sanggup serah aset” – ADUN PERAK

KLIK BACA: Nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low – Tuan Ibrahim PAS

KLIK VIDEO: Foto First Lady Rosmah dalam video Al-Jazeera

Tolong Komen & Share