KANGAR – Rakyat dinasihati supaya memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin ‘syok sendiri’ sehingga sanggup mencalonkan diri sendiri untuk menjadi perdana menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam keadaan Umno dan BN yang terus konsisten menabur jasa kepada rakyat, pembangkang pula semakin bercelaru dan tidak mampu membela nasib rakyat.

“Tiada siapa yang berhak menjadi perdana menteri melainkan melalui proses pilihan raya. Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang banyak memenangi kerusi yang layak membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.

“Tidak boleh tawar diri sendiri untuk jadi perdana menteri seperti yang berlaku dalam pembangkang. Perdana menteri sejak merdeka adalah Presiden Umno sebab Umno yang paling banyak kerusi di Parlimen,” katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Akar Umbi Umno Negeri Perlis yang dihadiri 3,000 anggota parti di Dewan 2020 di sini, hari ini. – Bernama

KLIK BACATruly reading the statements by the DoJ is hair-raising – Tun Mahathir

KLIK VIDEO: Najib tanya balik siapa nak saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika

KLIK BACA: Jenayah berlaku di AS, apa diharap dari saman DOJ, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: DOJ dakwa rantai berlian isteri MO1 dibeli guna duit derma yang dipulangkan

KLIK VIDEO: Dr Mahathir cadang Rosmah saman DOJ

KLIK BACA: AS mahu pulangkan duit Malaysia untung, pertikai saman DOJ seakan bela Jho Low

KLIK BACAAdakah Muhyiddin yang pertama disaman Rosmah bukan DOJ?

KLIK BACA: “Siasatan DOJ 1MDB menteri pertikai tapi artis Hollywood sanggup serah aset” – ADUN PERAK

KLIK BACAJabatan Kehakiman Amerika ‘kari pedas’ untuk Najib – Kadir Jasin

Tolong Komen & Share