Datuk Seri Abdul Hadi Awang bimbang Malaysia akan jatuh ke tangan negara lain disebabkan tindakan pihak tertentu cuba mempelawa pihak luar campur tangan dalam masalah dalaman demi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya yakin mereka yang mengundang pihak asing mencampuri urusan negara semata-mata untuk menang pilihan raya, di mana moral mereka paling tidak beriman dan budiman, apabila kemenangannya nanti juga tanpa iman dan budiman,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Surat Terbuka Kepada Parti Politik Malaysia”.

Sehubungan itu, presiden PAS itu mengingatkan semua parti politik tidak mengulangi sejarah dengan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah negara seperti kes Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Perwaja Steel, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, negara asing akan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian oleh mahkamah di negara mereka.

“Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri selesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya. Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf.

“Adapun pihak lain atau kuasa asing selama-lamanya mencari peluang dan menjaga kepentingan mereka walaupun mengorbankan kita. Cukuplah kita dijajah sehingga beberapa abad dengan kesannya masih belum sembuh.”

Kenyataan itu dipercayai merujuk tindakan terbaru Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman sivil di California untuk menyita aset berjumlah AS$540 juta (RM2.3 bilion), termasuk karya seni, kapal layar, barang kemas dan hak cipta 2 filem komedi yang didakwa dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ untuk memfailkan tuntutan mengenai jenayah yang dilakukan di negara terbabit, melibatkan bank dan harta di sana.

Ketika menyifakan tuduhan itu sebagai “satu kebodohan luar biasa”, pengerusi PPBM itu menjelaskan keadaan di AS berbeza dengan Malaysia, di mana presidennya terpaksa menerima laporan berhubung salah laku sendiri daripada pegawai mereka.

Mengulas lanjut, Hadi yang juga ahli Parlimen Marang menyatakan Al-Quran melarang umat Islam memberi kepercayaan kepada pihak lain untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Sebarang permasalahan dalaman umat atau negara diselesaikan sendiri, sama ada betul atau salah atau adanya kelemahan dalaman walaupun zalim, maka dipikul sendiri dengan penuh kesabaran.

“Akhirnya selesai dengan selamat kerana bencana menerima campur tangan asing lebih besar akibat dan buruknya pula berpanjangan. Sebijak-sebijak akal tanpa petunjuk wahyu akhirnya tersesat juga.” – FMT

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Ulama politik yang berjudi kisah silam sambil memutar lidahnya mencipta alasan dengan seni bahasa agama dan politik [menyembunyi beberapa ayat Al Quran] sambil menyeru pengikut menurut jalannya ke hari pengadilan yang lebih berat di mana pastinya kalian yang bersekongkol akan ditanya Allah Al Hakim Al Hasib. [Waktu itu pastinya kalian salah menyalah siapa yang menurut siapa…]

Janganlah kerana kekagumanmu kepada bangsa, nama, pangkat, derajat dan harta benda mengelirukan peradilan dirimu.

“The Prophet (SAWS) said, ‘Torrential will be your affairs after me when men recognize what is wrong, but it will not be disliked for themselves what they recognize. So do not obey whoever disobeys nor send astray people from your Lord.’” –  [Ubadah as-Samit r.a]

Firman Allah: “Hai Daud, Sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, Maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” – Surah Shad 26

Susunan oleh Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s – Risalah Untuk Bani Jawi

KLIK BACA: Sokong Najib bermakna sokong jenayahnya, kata Dr Mahathir 

KLIK BACA: Zeti akui tak dapat nyatakan perasaan peribadi skandal 1MDB

KLIK BACASiasat Forex Mahathir, Najib cemar namanya sendiri

KLIK BACA ULASAN: Mahathir ‘ramal’ BN isytihar darurat boleh dielak, tapi…

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACADengan sedikit keberanian, Najib-Rosmah mampu buat Hari Raya lebih bermakna. 

KLIK BACA: Jenayah berlaku di AS, apa diharap dari saman DOJ, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: AS mahu pulangkan duit Malaysia untung, pertikai saman DOJ seakan bela Jho Low

Tolong Komen & Share