Sehari selepas menjadi hos rumah terbuka sambutan Aidilfitri peringkat Kabinet di Seri Perdana Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlepas bersama keluarga ke Bali, Indonesia, untuk bercuti 5 hari sebelum ke Australia.

Pesawat yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di lapangan terbang antarabangsa di Denpasar pada tengah hari Isnin, menurut The Jakarta Post (JP), dan mereka dijangka menginap di hotel sama yang diduduki Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz, yang melawat pulau peranginan itu Mac lepas.

JP turut melaporkan Najib disambut oleh Gabenor Bali, Made Mangku Pastika, komander tentera Mejar-Jeneral Komaruddin Simanjuntak dan ketua polis Bali, Jen Petrus R. Golose, selepas mendarat Isnin lalu.

Rombongan Najib itu dijangka berlepas ke Perth, Australia pada Jumaat.

Laporan rangkaian berita Indonesia Metro TV berkata rombongan seramai 24 orang termasuk Najib itu menggunakan 11 kenderaan termasuk Mercedes-Benz, Toyota Camry, Toyota Kijang Innova dan Toyota Hiace.

Metro TV hari ini memetik komandan resort, Gede Widiyana sebagai berkata perdana menteri tinggal di bilik President Suites di Hotel St Regis di Nusa Dua.

“PM Malaysia kamarnya 1 suites. 11 kamar standar, dan rombongannya 24 orang,” menurut Widiyana yang memberitahu Metro TV News.

Mac lalu, rombongan Raja Salman diiringi seramai 1,500 pegawai, dan antara barangan yang dibawa bersamanya ialah sofa dan televisyen 80 inci, bernilai hampir AS$1.3 juta untuk ditempatkan di hotelnya, menurut portal berita kompas.com.

Kerajaan Arab Saudi juga menyewa 45 trak khas bagi mengangkut bagasi Salman sepanjang berada di Bali. Semua barangan persendiriannya termasuk bahan makanan sudah pun tiba 2 minggu awal. – Read more source FMT

KLIK BACAMahfuz: DOJ bertindak jenayah penggubahan wang haram di Amerika salahkah?

KLIK BACA: Adakah Annuar Musa juga panik seperti mereka disiasat DOJ? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Siasat kenapa rizab antarabangsa jatuh merudum sekarang bukan shj Forex – Kadir Jasin

KLIK BACA: Surat terbuka isteri Sahdan kes tembak kepada PDRM dan Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Apandi keturunan pendekar Tok Awang Gagah, saman DOJ bersifat politik

KLIK BACA: Seperti Dcaprio dan Mirander Kerr adakah isteri MOI juga pulangkan berlian kepada DOJ

KLIK BACA: Hadi jawab Mahathir – Bodoh zalim biar kita tanggung sendiri…

KLIK BACA: Siasat Forex Mahathir, Najib cemar namanya sendiri

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Tolong Komen & Share