oleh A Kadir Jasin 

BEKAS penolong gabenor Bank Negara, (Datuk) Abdul Murad Khalid kata, kerugian sekitar AS$10 bilion dalam perdagangan mata wang yang dikendalikan oleh bank pusat itu pada tahun 1990-an bagi kesan yang cukup besar terhadap rizab negara hari ini.

Gambar arkib: Abdul Murad Khalid (kiri)

Menurutnya, duit AS$10 bilion itu, akan meningkat nilainya dalam tempoh 25 tahun kepada AS$26.66 bilion, atau lebih RM100 bilion, jika disimpan dalam tabungan kerajaan dengan kadar faedah sebanyak empat peratus setahun.

“Jumlah kerugian itu adalah AS$10 bilion, yang bersamaan dengan kira-kira RM40 bilion hari ini,” katanya dalam laporan surat khabar New Straits Times (NST) hari ini.

Saya jarang setuju dengan Abdul Murad. Walaupun saya kenal dia lama – sejak zaman Tun Daim dan Datuk Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan – saya dapati dia ini susah dibaca. Tindak-tanduk dia seolah-olah dia menyimpan dendam yang mendalam.

Tapi dalam hal siasatan ke atas kegiatan forex Bank Negara ini saya setuju tapi dengan syarat jangan hadkan kepada yang dulu saja.

Jadi walaupun Abdul Murad hanya sebut zaman dulu iaitu masa dia bertugas di Bank Negara dan Kementerian Kewangan, kita wajib siasat juga apa yang sedang berlaku sekarang.

Ini adalah kerana kedudukan rizab Bank Negara sebenarnya lebih teruk dalam era (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak daripada zaman dulu.

Pasal apa Abdul Murad tak cerita hal ini saya tak tahu. Nak kata dia makan dedak pun tak masuk akal sebab dia kaya.

Dia pernah kena denda RM500,000 sebab gagal isytihar harta berjumlah lebih RM24 juta (baca di sini). Pegawai kerajaan ada harta RM24 juta kira hebatlah!

Zaman Najib kerugian dan susutan rizab Bank Negara kerana kegiatan forex dan beban hutang lebih teruk daripada mana-mana tempoh sebelum ini.

Misalnya di antara 31 Disember 2014 dengan 31 Disember 2016, Rizab Antarabangsa Bank Negara jatuh merudum daripada AS$115.9 bilion (kira-kira RM509.96 bilion) kepada AS$94.6 bilion (RM424.2 billion).

Ini berupa kejatuhan sebanyak AS$21.3 bilion atau bersamaan RM93.72 bilion. Ada orang kata lebih teruk daripada itu. Antara punca kejatuhan rizab ialah Bank Negara masuk pasaran tukaran asing (forex) untuk pertahan nilai ringgit tetapi gagal.

Natijahnya, kalau zaman Tun Dr Mahathir kerugian forex AS$10 bilion (bersamaan RM25 bilion pada kadar tukaran masa itu) tetapi nilai ringgit tidak merudum macam sekarang.

Almarhum Tan Sri Jaffar Hussein ambil tanggungjawab.

Pada zaman Najib, susutan rizab melambung kepada AS$21.3 bilion (bersamaan RM93.72 bilion pada kadar tukaran semasa) dan nilai ringgit merudum ke paras paling rendah dalam sejarah.

Jadi saya setuju sebahagiannya dengan Abdul Murad dan saya rasa dia juga setuju dengan saya supaya siasatan ke atas kegiatan forex Bank Negara diperluas bagi meliputi apa yang berlaku di antara tahun 2014 dan sekarang apabila Rizab Antarabangsa bank pusat kita jatuh merudum.

Wallahuaklam.

*Datuk A Kadir Jasin adalah bekas ketua pengarang NST dan tokoh wartawan negara.

KLIK BACA: Adakah Annuar Musa juga panik seperti mereka disiasat DOJ? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Mahfuz: DOJ bertindak jenayah penggubahan wang haram di Amerika salahkah?

KLIK BACA: Surat terbuka isteri Sahdan kes tembak kepada PDRM dan Ketua Hakim Negara

KLIK BACA: Apandi keturunan pendekar Tok Awang Gagah, saman DOJ bersifat politik

KLIK BACA: Seperti Dcaprio dan Mirander Kerr adakah isteri MOI juga pulangkan berlian kepada DOJ

KLIK BACA: Ribuan hadir rumah terbuka bukti sokong Najib, lawaknya Zahid Hamidi

KLIK BACA: Hadi jawab Mahathir – Bodoh zalim biar kita tanggung sendiri…

KLIK BACA: Siasat Forex Mahathir, Najib cemar namanya sendiri

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Tolong Komen & Share