Chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail mendakwa tidak ada apa lagi yang murah di Malaysia walaupun kerajaan melaung-laungkan bahawa ekonomi bertambah baik.

Beliau yang popular dengan panggilan Chef Wan berkata, harga ikan sekarang sangat mahal.

“Ambil ikan merah tiga keping besar sedikit nak buat sup ikan pun dah harga RM40,” kata beliau dalam laman Instagramnya.

Chef Wan berkata, beliau terperanjat setiap kali membeli makanan laut.

“Tak ada apa lagi yang murah di Malaysia walapun kerajaan melaung-laungkan ekonomi kita bertambah baik.

“Iyo la kan ajo…” kata Chef Wan.

Setiap kali membeli-belah, beliau terfikir situasi golongan bawahan di negara ini meneruskan hidup mereka setiap hari.

“Each time I shopped i always terfikir mcm mana la golongan yg bawah in this country have to survive on a day to day basis,” tulis Chef Wan

Manakala portal Malaysia Dateline melaporkan tinjauan mereka menunjukkan bukan golongan bawahan sahaja yang mengadu keperitan.

Seorang ahli korporat memberitahu, harga satu kilogram udang di pasar tani Taman Melawati RM75, kepah satu kilogram RM10 manakala ketam pula RM25 satu kilogram.

Beliau menyifatkan beban ekonomi yang digalas oleh rakyat kini berpunca dari “kerakusan MO1”.

“Tahniah Pas kerana terus membela MO1,” kata penyokong kuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

KLIK BACA: Najib cuti ‘wasatiyyah’ dalam negara sahaja tak boleh ke?

DIKEMASKINI: Setiausaha akhbar Najib ‘hina’ Zahid, kata MP Amanah

KLIK BACA: Jika Jho Low, Riza Aziz cuma berbelanja di Malaysia, Saman DOJ tidak timbul

KLIK BACA: Tak malukan kita Amerika DOJ siasat 1MDB – Tuan Ibrahim 

KLIK BACA: Azmin Layak Jadi PM – Syed Saddiq

KLIK BACA: Khairuddin bidas pemimpin PAS KAW-KAW isu 1MDB campurtangan asing

KLIK BACAMufti Perlis: Siapa Akan Membela Di Padang Mahsyar Jika Kita Bela Kemungkaran Hari Ini?

KLIK BACA: Rakyat Malaysia belot komplot DoJ boleh dihukum bunuh

KLIK BACA: PH umum ‘Operation Big Bird’ cari wang hilang seperti era pemerintahan Marcos 

Tolong Komen & Share