oleh Subky Latif

Bertuahnya sekitar 5,711 orang sejak tahun 2011 dapat menunaikan fardu haji atas tajaan 1MDB. Agaknya tidak termasuk musim haji ini.

Hitung panjang dalam masa enam musim haji yang lalu sekitar 952 dapat jadi haji 1MDB. Untuk itu 1MDB telah berbelanja sebanyak RM56 juta.

Peruntukan itu dikira besar tetapi dibandingkan dengan duit 1MDB yang lesap, ia sekitar beberapa peratus saja. Ibarat nasi yang tersangkut di gigi.

Bergeliga otak pentadbir 1MDB berjaya membantu sewajarnya mereka yang tidak mampu atau yang belum cukup simpanan di Tabung Haji untuk menunaikan rukun Islam itu.

Jika semua badan GLC dapat mengikut kemurahan hati 1MDB itu nescaya lebih ramai umat Malaysia yang bertuah. Mungkin KWSP, PNB, Amanah Raya, TNB, PKNS, Bank Negara, Bank Rakyat dan lain-lain dapat mencontohi 1MDB.

Jika tidak sampai menaja 200 orang setahun, sekurang-kurangnya 100 setahun pun amat digalakkan.

Tidak ada curang

Ketika PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004 ia menyewa hotel di Mekah, menganjurkan pemergian haji.

Kerana penganjuran di bawah syarikat TDM – badan perladangan sawit kerajaan negeri – ramai pekerja yang lama berkhidmat dihantar naik haji percuma. Ia tutup selepas BN mengambil semula kuasa.

Memandangkan 1MDB adalah syarikat pelaburan kementerian kewangan yang dipercayai melesapkan berguni-guni duitnya, maka apa agaknya pandangan panel syariyah badan itu jika ia ada panel syariahnya?

Jika orang naik haji dengan duit loteri dipercayai sah haji, tetapi yang terpilih ke Mekah itu tidak ada curang dengan tadbir 1MDB, kerana yang berangkara ialah 1MDB sendiri.

Mungkin tidak timbul sah atau tidaknya. Dengan duit apa orang bertuah itu naik haji, usah ditanya. Cuma ia dapat haji mabrur atau tidak, mungkin berbangkit.

Jika yang naik haji secara sah pun belum tentu dapat mabrur, yang punca membiayai mereka yang ditakwil itu mungkin baliknya dengan Haji 1MDB saja.

Moga-moga mereka dapat haji mabrur, tetapi yang nyata bagi orang bertuah itu ialah Haji 1MDB.

Sekalipun 1MDB mengeluarkan peruntukan RM56 juta, tetapi ia tidak dapat membasuh debu dan daki yang dihadapinya.

Ali Baba dan 40 penyamun

Pada tahun 1970-an ada seorang perompak di Kuala Lumpur bernama Botak Chin. Hasil rompakannya dicurahkan kepada kaum gelandangan.

Sekalipun dia membuat kebajikan besar tetapi dia tetap diburu kerana jenayahnya. Robin Hood Malaysia itu akhirnya dibunuh.

Robin Hood terkenal sebagai penyamun yang menggunakan hasil rompakannaya bagi membela golongan idak berada, tetapi undang-undang tidak dapat memihak kepadanya.

Sekalipun berjuta dan berbilion diperuntukan 1MDB untuk ribuan haji, tetapi ia tidak dapat menutup angkara lesapnya duit yang diambil daripada kerajaan itu.

Nawaitu 1MDB itu justeru apa?

Lillah-kah atau bagi menghalalkan rompakannya?

Yang berkebajikan dan berpahala ialah yang dibuat kerana Allah. Sebarang amalan yang kerana Allah itu mestilah sumbernya bersih.

Jika berniat seperti Robin Hood tidak dapat diterima bersih nawaitunya, apa lagilah kalau rompakan bernawaitu seperti Ali Baba dengan 40 penyamun.

Memang dalam dunia ini ada orang menggunakan duit syarikat atas nama agama, tapi ia sebagai perisai bagi mengelabui pandangan orang ramai.

1MDB mungkin selepas ini mengadakan alumni haji-haji 1MDB dan setiap haji itu tidak percaya duit 1MDB dirompak.

Untuk lebih glamor, haji yang bertuah itu jadi Haji Robin Hood.

SUBKY LATIF ialah wartawan veteran dan bekas anggota Jawatankuasa Pusat PAS. Tulisan ini disiarkan kali pertama di Harakahdaily yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews sebagai laman penyebar berita.

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang

KLIK BACAProf Ahmad Atory terkilan 1MDB taja haji muda berbanding orang tua yang lama menunggu giliran

KLIK BACA: Najib cuti ‘wasatiyyah’ dalam negara sahaja tak boleh ke?

KLIK BACA: Harga barang mahal, Chef Wan sedih nasib golongan pendapatan rendah berbelanja!

KLIK BACA: Jika Jho Low, Riza Aziz cuma berbelanja di Malaysia, Saman DOJ tidak timbul

KLIK BACA: Azmin Layak Jadi PM – Syed Saddiq

Tolong Komen & Share