Penduduk meninggalkan kediaman selepas gempa susulan melanda di bandar Leyte, Filipina.– Gambar EPA, 7 Julai, 2017.

PENDUDUK bertindak meninggalkan kediaman mereka pada Jumaat akibat gempa susulan di tengah Filipina sehari selepas gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang mengorbankan dua nyawa dan 72 lain cedera melanda negara itu, kata pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa tempatan, penyelamat mengeluarkan 13 orang yang terperangkap dalam runtuhan bangunan semalam di bandar Kanaga di Pulau Leyte berhampiran pusat gegaran.

Bekalan elektrik turut terjejas di tiga wilayah manakala semua sekolah diarahkan tutup sementara pihak berkuasa menilai kerosakan akibat bencana itu.

“Ada penghuni meninggalkan kediaman mereka selepas merasai gegaran. Kebanyakan mereka panik dan ada yang tenang kerana baru selesai menjalani latihan dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan dalam situasi itu,” kata jurucakap jabatan pertahanan negeri, Pebbles Lluz kepada AFP.

Dua kematian membabitkan wanita berusia 18 tahun yang ditimpa runtuhan di bandar Ormoc, Leyte manakala satu lagi mayat ditemui daripada runtuhan di bandar Kananga.

Menurut pihak berkuasa, gempa terbabit turut memusnahkan kediaman dan sekolah serta menyebabkan keretakan jalan dan tanah runtuh.

Stesen geotermal di Leyte yang merupakan sumber utama bekalan elektrik turut terjejas.

Manakala semua penerbangan domestik ke bandar Ormoc di Pulau Leyte dibatalkan.

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat menganggarkan gempa berkenaan berpusat sekitar 6 kilometer.

Februari lalu, gempa berukuran 6.5 magnitud mengorbankan lapan nyawa dan 250 orang cedera di selatan bandar Surigao.

Bulan berikutnya, gempa berukuran 5.9 magnitud turut menyebabkan seorang maut. – AFP

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – AWAS Gempa semakin menghampiri kalian…

KLIK BACA: Gempa bumi teguran Allah jawablah…kata Rasulullah SAW

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

Tolong Komen & Share