Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diminta supaya menjaga mulut dan tingkah lakunya yang kini dilihat sering memburuk-burukkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepatutnya Dr Mahathir perlu mempunyai tatasusila dan ketertiban serta akhlak politik dalam berpolitik.

Timbalan perdana menteri itu berkata sebagai manusia biasa, Dr Mahathir sudah tentu ada kelemahan dan kesilapan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri namun semua itu ditutup demi menghormatinya.

“Bila zaman kita berlalu, biarlah berlalu, biar sejarah menilai, jangan mengutuk orang lain bagaimana kegagalan sistem penswastaan. Kita tidak mahu membuka pekung itu dan kita tahu apa yang beliau lakukan dengan pelbagai kelemahan yang kita tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bagan Datuk di sini hari ini.

Tegas Ahmad Zahid, tindakan Dr Mahathir mengkritik Umno dan kerajaan sudah melampaui batas sehingga perdana menteri [Najib Razak] hilang sabar.

“Zaman beliau (Dr Mahathir) sudah berlalu, duduk diamlah-diamlah. Duduklah berzikir. Beliau buka aib pemimpin sekarang, jangan lupa kita juga pernah tutup aib beliau. Jangan sampai kita pula buka aib dan pekung beliau. Macam-macam kita boleh buka.

“Dia (Dr Mahathir) kuat (pada zaman pemerintahannya) bukan kerana dia, tetapi orang-orang Umno yang kuat menyokong dia,” katanya.

Ahmad Zahid juga menyentuh tindakan Dr Mahathir yang membuat pusingan-U dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan dahulu, Dr Mahathir yang menyingkirkan Anwar daripada arena politik.

“Sekarang baru dia nak buat ‘kona baring’. Dulu dia tuduh Anwar macam-macam, sekarang dia kata Anwar dizalimi disebabkan perbezaan pendapat politik dan tidak mahu Anwar di gelanggang politik,” katanya. – Bernama

Risalah Ana Ghoib: Najib hilang sabar kali ini mungkin kerana Mahathir memberitahu media UK The Guardian isu dakwaan Sarawak Report bahawa peguam rakan menerima bayaran dari akaun peribadi rakan untuk merayu kes jika berjaya akan memenjarakan rakan lama [sejak muda] sendiri.

Mahathir sebelum ini pernah dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today mengatakan bahawa dia juga tahu banyak rahsia Zahid.

Bagaimanalah orang tua boleh diam jika kelakuan anak [orang tua perasan muda] mencolok mata beronggeng pesta pora di dalam rumah malah menggadaikan bilik-bilik kepada pendatang asing tidak kurang menjual geran tanah kepada komunis Cina.

Mungkin dengan berzikir sambil memakai penyumbat telinga dan penutup mata Mahathir boleh diam tetapi Zahid [anak ulama Jawa] masalahnya orang beriman melihat dengan mata hati sebagaimana firman Allah di atas. [*Sebenarnya orang Islam berzikir setiap kali bernafas sejak dari muda lagi bukan tunggu tua – Ana Ghoib]

Kamu semua bersyukurlah Allah menundukkan manusia Umno untuk setia bekerja menjadi hamba malah kuli batak memberi pelbagai keistimewaan untuk kamu yang mana suatu hari Allah pasti akan mencabut kesetiaan terhadap kamu itu. [*Tunggulah perintahNya hanya sekelip mata dan didoakan…]

Jika sebelum ini Najib dikatakan Mukhriz mungkin terasa atau hilang sabar kerana cadangannya agar GST dikurangkan kepada 3% – mengesahkan sikapnya tidak boleh ditegur menerima cadangan yang baik untuk meringankan beban hidup rakyat.

Ini semua sikap degil bersikeras dan gelap mata adalah kerana hutang 1MDB – sebagaimana disebutkan Rasulullah SAW bahawa hutang itu menjadi kerisauan di malam hari dan kehinaan di siang hari. – [HR Baihaqi]

Benar apa yang disabdakan Nabi Muhammad SAW – maka layaklah kehinaan yang dilemparkan Mahathir [*cuma lantaran kata orang Jawa] bukanlah atas kehendaknya sebab yang berkuasa menghina memberi rasa kehinaaan itu hanyalah Allah.

Sebagai muslim jauhilah bermuka-muka justeru kesimpulannya yang terlebih layak sudah tua duduk berzikir bukanlah Mahathir sahaja tetapi adalah Zahid dan Najib sendiri untuk membersih mata hati.

Hujah seperti suruhan kembali ke sejadah, zikir, taubat atau pergi masjid dengan tujuan menyindir orang berkata benar itu seperti tingkah Yahudi yang memilik sendirikan syurga seakan dia yang empunya. Bukankah Yahudi itu menentang kebenaran Al Quran dan Rasulullah?

Falsafah JAWA untuk Zahid Hamidi – “Mbuwang Tilas” – Ertinya: Pura-pura tidak bersalah (mengabaikan perbuatan salahnya)

‘Ilmu kang bener..bener kanggo pribadine dewe..bener tumraping sesami gesang..lan bener tumraping Pengeran’.

Ertinya: Ilmu yang benar..benar bagi pribadi kita sendiri..benar bagi sesama hidup..dan benar bagi Tuhan..

Sing becik ketitik olo ketoro‘ pula peribahasa Jawa yang erti lebih kurang; jika suatu kebenaran perbuatan baik ditutup-tutupi maka lambat laun ia akan muncul juga, dan sepandai-pandainya menyimpan bangkai busuk, perbuatan tercela dan kebusukan hati maka lama-lama baunya akan tercium juga.

Kamu bagaimana di mana pengeran Zahid?

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib   Najib tak sanggup pikul Amanah, Hadi, Zahid tak sanggup pikul kitab, siapa PM ketujuh? wallahuaklam – tetapi Jolok moga suatu hari kamu akan berenang dalam hutang dengan hanya berseluar dalam… bikin susah orang!

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar Najib tangkaplah…

KLIK BACA: Adakah Zahid mahu lebih banyak pekung Najib didedah kepada umum? Shahbudin Husin

KLIK BACAApa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Muhyiddin ulas keluhan TMJ apa sudah jadi Malaysia? mereka tiada sedikit pun rasa malu…

KLIK BACA: Khairy: Dr Mahathir, Anwar dan Kit Siang wajar tinggalkan politik

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

Tolong Komen & Share