BANDAR BERA – Gambar seorang lelaki dipercayai tidak sedarkan diri dan terkunci dalam kereta di persimpangan lampu isyarat pagi semalam, menjadi tular dalam laman sosial.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kejadian itu disedari orang ramai sekitar jam 7 pagi sebelum menghubungi pasukan penyelamat bagi membantu mengeluarkan lelaki terbabit.

Menurutnya, lelaki berusia 31 tahun itu yang juga dipercayai seorang anggota tentera berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Keprihatinan orang ramai membantu menyalurkan maklumat mempercepatkan proses mengeluarkan lelaki itu oleh anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), sekali gus mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai mabuk, dan telah dibawa ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan,” katanya lapor Sinar Harian.

KLIK BACA: Dr Mahathir kritik hingga Najib hilang sabar, kata Zahid

KLIK BACANajib pusing cerita Dr Mahathir mahu anaknya jadi Perdana Menteri

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

Tolong Komen & Share