Tun Dr Mahathir menyindir dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dirinya ‘panik’ dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Forex Bank Negara Malaysia (BNM). – Foto FMT

“Pada hari raya saya ucap selamat hari raya kepada Najib tapi dia asyik berusaha macam mana untuk tangkap saya.

“Tak apalah, dia ada kuasa, tangkaplah!” kata Mahathir semasa majlis Rumah Terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Melaka lapor Malaysiakini.

Tempohari, Najib berkata Mahathir ‘panik’ bahawa RCI forex akan membawa kepada pendakwaan jenayah.

Najib mendakwa, Mahathir tidak boleh membiarkan individu penting kepada kes berkenaan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya memberi keterangan menentang beliau.

Tambah Najib, Mahathir kini menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas berusaha dengan pelbagai cara untuk menamatkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri itu selama 20 tahun.

Bagaimanapun, Tun Mahathir menafikan dakwaan berkenaan.

“Saya bukan kerja dengan Anwar kerana masalah peribadi saya, saya kerjasama dengan Anwar kerana kita punyai tujuan yang sama, dan tujuan kita adalah untuk jatuhkan kerajaan zalim Najib Razak,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

“Bukan saya yang buat u-turn, Najib yang buat u-turn. Dari pemimpin negara yang dihormati dunia dia sekarang jadi pemimpin yang tidak lagi dipandang tinggi.

“Dari parti (Umno) yang baik, dia sudah runtuhkan parti ini, kerana tamak, tamak kerana nak beli berlian utk seorang isteri dia.

“Pandangan kita tak tertumpu kepada berlian yang kamu pakai, pandangan kita tertumpu kepada tabiat tingkahlaku,” kata Mahathir seperti dilapor portal Malaysiakini. 

KLIK BACA: Muhyiddin ulas keluhan TMJ apa sudah jadi Malaysia? mereka tiada sedikit pun rasa malu…

KLIK BACA: Adakah Zahid mahu lebih banyak pekung Najib didedah kepada umum? Shahbudin Husin

KLIK BACAApa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Dr Mahathir kritik hingga Najib hilang sabar, kata Zahid

KLIK BACANajib dakwa Dr Mahathir mahu anaknya jadi Perdana Menteri

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

KLIK TERKINI: Saya bukan Melayu mudah lupa, selesai 1MDB ikut al-Quran – Hadi Awang

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

Tolong Komen & Share