SEPANG 10 Julai 2017: Datuk Seri Najib Razak menyalahkan pemimpin sebelum beliau atas pelbagai keputusan “dahsyat” (horrendous) yang menjejaskan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).

Perdana menteri memberitahu, MAS melalui banyak tempoh sukar sebelum ini dalam ucapannya di majlis sambutan Aidilfitri di Sepang.

“Saya boleh katakan, sejarah MAS penuh keputusan dahsyat pada masa lalu.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya tetapi ia adalah mimpi ngeri yang dilakukan ke atas MAS oleh salah satu pemimpin sebelum saya.

“Tetapi saya akan betulkan. Saya akan pastikan MAS pulih dan menjadi syarikat penerbangan terkemuka di dunia,” kata Najib lapor portal Malaysiakini.

Sementara itu dalam usaha memastikan MAS benar-benar menjadi syarikat penerbangan terbaik dunia, Najib berkata, alasan itu yang mendorong beliau memutuskan untuk memberi bayaran saguhati kepada pekerja sebelum hari raya baru-baru ini.

“Kita berbincang dengan lembaga Khazanah (Nasional Berhad) Saya bersetuju kita perlu bayar (saguhati) kerana saya percaya anda semua berhak mendapatnya,” kata Najib yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh.

Perdana menteri tidak memetik sebarang nama dalam kenyataannya samada ia merujuk kepada Dr Mahathir atau pun Pak Lah.

DIKEMASKINIKJ diharap sahut cabaran TMJ lawan pasukan polo baginda

KLIK BACA: Tun Mahathir cabar Najib tangkaplah…

KLIK BACA: Adakah Zahid mahu lebih banyak pekung Najib didedah kepada umum? Shahbudin Husin

KLIK BACAApa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Muhyiddin ulas keluhan TMJ apa sudah jadi Malaysia? mereka tiada sedikit pun rasa malu…

KLIK BACA: Dr Mahathir kritik hingga Najib hilang sabar, kata Zahid

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Tolong Komen & Share