oleh Shahbudin Husin

Dalam majlis menyerahkan surat tawaran menunaikan haji tajaan Yayasan 1MDB kepada 1,100 penerimanya, Najib Razak meminta mereka agar berdoa kepimpinan yang ada terus dikekalkan supaya program-program kebajikan sapat diteruskan.

Kata beliau, usaha 1MDB, dengan sebahagian daripada keuntungannya digunakan untuk membangunkan masyarakat tidak boleh dibiarkan musnah disebabkan andaian individu yang disifatkannya sebagai “tidak boleh pakai sama sekali”.

“Sebab itu, apabila orang kritik 1MDB, kita sebagai pemimpin masyarakat mesti faham.

“Saya harap mereka yang akan mengerjakan haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat dikekalkan untuk kesinambungan program kebajikan yang dilaksanakan kerajaan” katanya sebagaimana dipetik dari laporan Bernama.

Ohhh, rupa-rupanya tajaan haji yang diberikan oleh Yayasan 1MDB perlu dibalas dengan doa agar kepimpinan sedia ada terus kekal berkuasa.

Adakah doa mengekalkan kepimpinan yang ada saja perlu dilakukan oleh jemaah haji tajaan 1MDB?

Bagaimana dengan kehilangan wang berbilion-bilion ringgit yang didakwa berlaku melalui 1MDB, ada kemasukan wang ke dalam akuan peribadi, ada yang dapat hadiah barang kemas juta-juta banyaknya, ada yang beli jet, hotel, lukisan, buat filem separa lucah, apartment mewah, berjoli sakan di kasino dan sebagainya lagi?

Ada juga yang dipecat, disingkir, dibuang kerja, dianiaya dan dipenjara kerana mendedahkan atau bertanya soalan tentang 1MDB.

Tidak mahukah diminta jemaah haji tajaan 1MDB berdoa sama agar kebenaran ditunjukkan, penganiayaan diberi balasan dan pendurjana diberi hukuman sewajarnya oleh Tuhan?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik. Artikel adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan Malaysian Review.

Risalah Ana Ghoib: Thoha Putrajaya – Mari mencari kebenaran demi menjauhi syubhah!

Bukan susah mengetahui kebenaran perkara ini kerana ia bukan garis halus nipis antara gelap dan terang cuma salah dan benar yang sengaja disembunyikan mereka yang berkuasa untuk membeli masa bagi meraih sesuatu?.

Misteri sekali 1MDB gagal kemuka laporan audit dan menurut laporan media tiada satu pun perniagaan beli dan jual aset 1MDB yang menguntungkan?

Firman Allah: Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. – (At-Taubah 9:107)

Rumusan ringkas: Bukan dengki bukan khianat cuma SIASAT – Di dalam Al Quran [at Taubah 107] Allah menegur sikap org munafik membina masjid untuk tujuan pecah belah namun bersumpah ia untuk kebaikan. Itu ayat tafsirnya berkaitan dengan sikap org menggunakan agama bagi tujuan monopoli kuasa dan pengaruh populariti kepentingan diri bukan dengan tujuan ikhlas agama. Laporan audit tak siap mana satu perniagaan 1MDB yang untung. Menurut MP ia hanya pura2 untung dengan meminjam?

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib… Jangan begitu sesekali jangan begitu sekali memperalatkan kebaikan dan keikhlasan memperbudakkan rakyat!

KLIK BACA: Kes Jho Low mangsa utama ialah 1MDB, kata pendakwaraya Singapura

KLIK BACA1MDB meragukan mempunyai untung bukan hasil hutang untuk menaja ibadah HAJI

KLIK BACATun Mahathir beranikah ‘Negarawan Sebenar’ tangkap?

KLIK BACAApa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Muhyiddin ulas keluhan TMJ apa sudah jadi Malaysia? mereka tiada sedikit pun rasa malu…

Tolong Komen & Share