Kuala Lumpur – Penerbit drama, Datuk Rafena Ezanee Ramli mengemukakan saman terhadap pelakon, Didie Alias berikutan dakwaan berlakunya pelanggaran kontrak dan pengaiban terhadap dirinya.

Rafena dan syarikat penerbitannya Dark Wave Pictures Sdn Bhd (Dark Wave) selaku plaintif pertama dan kedua memfailkan saman itu terhadap Didie pada 21 Mac lalu di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini melalui firma guaman Tetuan Zamri Idrus & Co.

Dokumen tuntuntan tersebut diperolehi media hari ini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rafena menyatakan Didie merupakan bekas penerbit eksekutif rancangan travelog , Street Food Asian‎ sebanyak 13 episod di bawah terbitan Dark Wave.

Menurutnya, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohammad diberi kepercayaan dan tanggungjawab menguruskan hal berkaitan kerja penerbitan program itu namun didakwa telah sengaja, cuai atau gagal melaksanakannya.

Menurut laporan Sinar Harian plaintif berkata, defendan didakwa telah gagal atau cuai dan enggan memastikan mutu travelog tersebut berada pada tahap yang memuaskan seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandatangani pada 7 Oktober tahun lalu.

Plaintif Datuk Rafena Ezanee Ramli yang mengalami kerugian, trauma dan tekanan emosi menuntut ganti rugi khas sebanyak RM7,000 serta ganti rugi am RM400,000. Sementara itu, peguam Mohd Fadhly Hashim yang mewakili plaintif berkata, pihaknya akan mengemukakan enam saksi termasuk Rafena untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.

Mahkamah Sesyen menetapkan empat hari bermula 14 November depan untuk perbicaraan tuntutan saman ganti rugi oleh penerbit drama, Datuk Rafena Ezanee Ramli terhadap pelakon Didie Alias.

Bekas Pramugari MAS dan pelakon Datuk Rafena Ezanee Ramli – Foto The Star

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACA: Kes Jho Low mangsa utama ialah 1MDB, kata pendakwaraya Singapura

KLIK BACAJemaah Haji 1MDB doakan mereka yang aniaya bagaimana pula?

KLIK BACA: Tun Mahathir beranikah ‘Negarawan Sebenar’ tangkap?

Tolong Komen & Share