Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abduh Nik Aziz dalam nada sindiran hari ini seakan mempertahankan kewajaran kehadiran penyanyi rock Awie mengadakan persembahan di Kelantan pada Sabtu lalu.

“Awie datang ke Kelantan meninggalkan bekas yang baik. Siapa pun datang ke Kelantan dengan niat yang baik, Allah akan menyantuninya dengan baik insya Allah.

“Adapun orang yang niatnya tak baik, walaupun duduk di Kelantan, yang luas akan jadi sempit, yang harum akan bertukar busuk dan siangnya akan bertukar malam 24 jam.

“Kelantan bukan Mekah. Kelantan hanya serambinya,” ujar mantan ketua pemuda Pas Pusat itu seperti dipetik dari laman facebooknya hari ini.

Kehadiran Awei atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat persembahan pada hari kedua Kelantan International Bike Week 2017 anjuran bersama kerajaan negeri Kelantan di bawah Urusetia Belia dan Sukan (Ubes) dengan Darulnaim Bikers menjadi tular di laman sosial.

Ini berikutan hari sama turut diadakan persembahan gelek dangdut di khalayak awam termasuk sekumpulan remaja lelaki dipercayai kumpulan dikir barat pula menampilkan dua penyanyi tempatan dikenali Wanie dan Linda yang masing-masing berpakaian warna hijau dan merah jambu.

Justeru ramai beranggapan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ yang menjadi identiti Kelantan sejak Pas menerajui negeri itu pada 1990 telah dicemari dengan persembahan hiburan tersebut.

Banyak pihak mengecam kerajaan negeri yang dikuasai Pas itu yang kini dianggap banyak menyimpang hanya selepas dua tahun bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarn Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Pengguna media sosial turut menyifatkan kedua-dua persembahan hiburan tersebut bercanggah dengan ciri Kelantan yang sebelum ini digelar Serambi Mekah dan mempunyai banyak sekolah pondok dan ramai ulamak itu.

Tidak kurang juga menyindir Pas yang menerajui kerajaan negeri Kelantan pada masa ini sudah ‘maju’ Membangun Bersama Rock selain Membalak dan Melombong Bersama Ulamak.

Tindakan kerajaan negeri Kelantan membenarkan Awie yang merupakan pemilik kelab malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh menyanyi juga dianggap bertentangan dengan peringatan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelang Ramadan lalu.

Beliau melarang pembelian makanan di bazar Ramadan daripada “orang yang tidak taat pada perintah Allah” termasuklah penjual yang tidak menutup aurat dan meninggalkan sembahyang. – Malaysia Dateline

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACA: Kes Jho Low mangsa utama ialah 1MDB, kata pendakwaraya Singapura

KLIK BACAJemaah Haji 1MDB doakan mereka yang aniaya bagaimana pula?

KLIK BACA: Tun Mahathir beranikah ‘Negarawan Sebenar’ tangkap?

KLIK BACA: Apa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Tolong Komen & Share