Low Taek Jho atau Jho Low mengecam Singapura menuduhnya menjadikan 1MDB mangsa dan republik itu mempunyai tujuan politik.  – Foto ihsan FMT

KUALA LUMPUR 13 Julai 2017 – Jho Low rakan rapat pentadbiran Najib Razak dan keluarga perdana menteri Malaysia itu berkata sebarang cubaan untuk mengaitkan dirinya dengan mereka yang didapati bersalah mengaut keuntungan besar dalam perbicaraan 1MDB di Singapura hanyalah “berasaskan tanggapan yang tidak dibuktikan.”, katanya lapor portal The Malaysian Insight.

Jho Low bagaimanapun tidak menyatakan nama Yeo Jia Wei dalam kenyataan itu. Yeo ialah bekas jurubank di Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara 54 bulan semalam kerana jenayah penggubahan wang haram dan kesalahan lain berkaitan 1MDB.

Yeo dilaporkan memanggil Low dengan gelaran “bos”.

Semalam, pendakwa raya Singapura dilaporkan berkata yang hampir AS$1 bilion yang sepatutnya digunakan sebagai pelaburan dalam urus niaga bersama PetroSaudi International Ltd dimasukkan ke dalam akaun dimiliki Low.

Dia dinamakan sebagai orang penting dalam siasatan ke atas syarikat milik kerajaan Malaysia itu.

Jho Low di dalam kenyataan itu melalui jurucakapnya berkata: “Ini ialah contoh melampaui batas tindakan bermotifkan politik dan naratif terpilih yang mendakwa 1MDB sebagai ‘mangsa’, sedangkan sudah jelas dinyatakan pihak berkuasa Malaysia yang tidak wujud salah guna dana 1MDB.”

“Tiada salah laku dibuktikan di mana-mana tempat berkaitan dengan dakwaan salah guna dana 1MDB, dan perkembangan terbaru di Singapura tidak mengubah (fakta itu).

“En Low percaya yang mana-mana pihak yang tidak berat sebelah sekiranya diberikan fakta lengkap akan melihat dakwaan itu pincang, berat sebelah dan membentuk gambaran yang tidak tepat.”

Jho Low tidak dapat dikesan di Malaysia dan kemunculannya di tempat awam sangat jarang sekali berlaku sejak Singapura dan Amerika Syarikat memulakan siasatan mereka atas dakwaan wujudnya salah laku dalam 1MDB.

Dia juga menjauhkan diri daripada mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai 1MDB.

Kenyataannya hari ini sama dengan olahan pentadbiran Najib bahawa tiada kesalahan berkaitan salah guna dana dilakukan 1MDB dan mana-mana pihak berkuasa atau negara yang mengatakan sebaliknya mempunyai motif politik yang bermatlamat melihat perubahan rejim pentadbiran Malaysia.

Portal The Malaysian Insight menambah ulasannya mengenai kenyataan Jho Low bahawa: “Tindakan jurucakap Low mengulangi skrip Putrajaya mempunyai satu makna: bertujuan untuk menggambarkan yang ahli perniagaan Malaysia itu tidak mempunyai niat untuk menentang lelaki yang menduduki Seri Perdana.

Wujud bisik-bisik dalam Umno yang Low mungkin berpaling tadah daripada pentadbiran sekarang sekiranya tekanan yang diberikan pihak berkuasa Singapura atau AS dalam siasatan berterusan mereka terhadap 1MDB memuncak.

Kenyataannya hari ini nampaknya bertujuan mendiamkan bisik-bisik itu. Kita boleh jangkakan yang beberapa menteri akan bersorak hari ini dan menuduh “musuh” Malaysia didorong motif politik kuasa asing dalam isu 1MDB”.  – MRM

KLIK BACA MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Mahathir: Saya tidak takut Anwar berhubung RCI tapi…

KLIK BACA: Saya U-turn bila Najib sendiri U-turn terhadap Umno, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACA: Najib tidak boleh diam lagi kes Jho Low, akui jadi mangsa atau…

KLIK BACAMukhriz fail permohonan kaitkan Najib hina mahkamah

KLIK BACAJemaah Haji 1MDB doakan mereka yang aniaya bagaimana pula?

KLIK BACA: Apa motif Utusan siar video Dr Mahathir, Tunku Abdul Rahman?

Tolong Komen & Share