Syarikat permotoran gergasi Jepun itu memanggil semula 1.2 juta unit kenderaan bagi menggantikan sensor bateri. – Foto EPA

HONDA semalam memanggil semula 1.2 juta kereta yang dijual di Amerika Syarikat berikutan empat kes kebakaran ruang enjin yang ada kaitan dengan sensor bateri.

Syarikat gergasi permotoran Jepun itu berkata, ia membabitkan model Accord bagi tahun 2013-2016.

Honda berkata pihaknya akan menggantikan sensor bateri 12 voltan itu secara percuma.

Menurut syarikat itu tiada kecederaan dilaporkan berhubung masalah sensor itu. – AFP 14 Julai 2017

Tolong Komen & Share