TAMPIN – Seorang lelaki berumur 55 tahun yang dikenali sebagai Pak Sheikh dalam kalangan peminat air ketum berjaya ditangkap polis susulan dipercayai terbabit dalam aktiviti menanam, memproses dan menjual air ketum berkenaan sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak berkata, suspek yang hampir bergelar warga emas berkenaan merupakan salah seorang daripada 11 penagih dan pengedar yang berjaya ditangkap dalam Ops Sarang Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin bermula jam 12.00 tengah malam.

Menurutnya, suspek yang ditangkap di rumahnya di Felda Pasir Besar, Gemas menggunakan alasan menjual air ketum berkenaan bagi membantu mengubat orang-orang muda yang ketagihan arak dan juga dadah.

“Berdasarkan daripada percakapan suspek, air ketum ini juga telah dijampi bagi tujuan perubatan berkenaan. Berdasarkan siasatan, harga jualan untuk sebotol air ketum yang dikenakan suspek adalah RM10 di sekitar Gemas.

“Dalam tangkapan ini, kita turut merampas air ketum yang dianggarkan bernilai RM150 hingga RM180. Suspek juga ada menanam pokok ketum di tepi rumah dan dianggarkan usia pokok yang mencecah hampir satu meter berkenaan baru sahaja tiga bulan,” katanya.

Hamazah berkata, dalam operasi yang berakhir jam 6.00 pagi berkenaan, seramai lima pegawai dan 24 anggota telah membuat 14 buah serbuan di lokasi yang telah dikenalpasti di sekitar Tampin, Gemencheh, Gemas dan Air Kuning Selatan. – Sinar Harian

KLIK BACA: GST dihapus, pengampunan Anwar dalam masa 100 hari pemerintahan HARAPAN, umum Tun Mahathir

KLIK BACA1MDB: Hukuman di Singapura petanda Putrajaya perlu bertindak

KLIK BACA: Mahathir: Saya tidak takut Anwar berhubung RCI tapi…

KLIK BACA: Saya U-turn bila Najib sendiri U-turn terhadap Umno, kata Tun Mahathir

KLIK DIKEMASKINI MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACA: Najib tidak boleh diam lagi kes Jho Low, akui jadi mangsa atau…

KLIK BACAJemaah Haji 1MDB doakan mereka yang aniaya bagaimana pula?

KLIK BACA: Utusan siar video Dr Mahathir dikritik Tunku Abdul Rahman?

Tolong Komen & Share