Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengulas kenyataan Abdul Hadi Awang yang dipetik berkata, pihak meninggalkan PAS buta al-Quran. – Foto Malaysia Dateline

KUALA LUMPUR 14 Julai 2017: Pemimpin dan umat Islam bukan sahaja digalakkan celik al-quran tetapi mampu mengamalkan akhlak yang baik seperti mana tuntutan al-Quran, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau mengambil pedoman yang berlaku di negara Arab yang mana kebanyakan umat Islam di sana tidak buta al-quran dan berjaya melahirkan ribuan golongan hafiz tetapi akhlak mereka tidak mengikut akhlak al-Quran.

“Saya mengambil positif dan menganggap satu teguran yang baik dari pemimpin parti Islam di Malaysia bahawa mereka yang meninggalkan parti Islam dianggap buta al-Quran.

“Memang kita umat Islam khasnya pemimpin dan pengikut Parti Amanah Negera (Amanah) hendaklah memahami al-Quran dan menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup sehinggalah kita berada di bawah naungan al-Quran.

“Sesungguhnya di negara Arab mereka kebanyakannya tidak buta al-Quran. Setiap tahun ribuan golongan hafiz berjaya dihasilkan khususnya di Mesir, Morocco, Arab Saudi dan negara teluk yang lain tetapi kita lihat akhlak al-Quran tidak ada di negara mereka.

Akhlak al-Quran seperti memperjuangkan keadilan, integriti dan menghormati hak-hak manusia, menghormati nyawa manusia, menghormati jiran, membantu orang miskin, membantu pelarian, membantu mereka yang daif serta menjaga hak wanita berada di negara Eropah seperti di Finland, Sweeden, Denmark, Netherland, Ireland, New Zealand dan Australia.

“Semua ini hampir tidak ada di negara Arab yang celik al-Quran.

“Harapan kita bukan sahaja kita celik dan boleh membaca al-Quran tetapi mampu mengamalkan akhlak al-Quran,” ujarnya dalam kenyatana hari ini lapor portal AMANAH – Malaysia Dateline.

Mohamad Sabu mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dipetik berkata, golongan yang meninggalkan perjuangan parti itu buta al-Quran kerana terpengaruh dengan politik yang tidak membawa mereka kepada perjuangan sehingga akhirat.

Tambah Mohd Sabu lagi, Amanah akan memperjuangkan supaya akhlak al-Quran itu dilaksanakan. Bukan seperti di negara-negara Arab sekarang yang celik al-quran tetapi akhlak pemerintah dan sebahagian rakyatnya bertentangan dengan cara al-quran.

“Adalah menjadi cabaran besar pemimpin parti Islam di Malaysia ini supaya kita celik al-Quran dan berada di bawah naugan al-quran.

“Jangan hanya celik dari sudut membaca, bertutur dan bercakap bahasa al-Quran tetapi akhlak kita jauh dari ajaran Islam,” tegasnya.

KLIK BACA: Najib ‘kesal’ lengahkan Pilihan Raya PRU14? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Mahathir di mahkamah sempat kecam Najib terajui ‘parti pencuri’

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK BACA1MDB: Hukuman di Singapura petanda Putrajaya perlu bertindak

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Tolong Komen & Share