Kerajaan Indonesia menyekat aplikasi Telegram di negara itu setelah mendapati saluran media sosial itu dipercayai menjadi sarang komunikasi puak pengganas dan radikalisme. – Foto Liputan6

JAKARTA 15 Julai 2017: Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara dipetik oleh media-media tempatan hari ini sebagai berkata pihaknya mengambil tindakan tegas kerana mendapati media sosial itu terlalu banyak memuatkan komunikasi berunsur negatif.

Katanya antara kandungan negatif yang dimaksudkan itu ialah propaganda radikalisme, terorisme, fahaman kebencian, cara menghasilkan bom, cara melakukan penyerangan, gambar yang tidak senonoh dan lain-lain yang bertentangan dengan peraturan perundangan di Indonesia.

“Di Telegram, kami mendapati sebanyak 17,000 halaman mengandung terorisme, radikalisme, membuat bom, dan lainnya, semua ada. Jadi harus diblok (disekat), kerana kita anti radikalisme,” katanya.

Semalam, beliau mengumumkan tindakan kerajaan Indonesia untuk menyekat Telegram di Indonesia walaupun pencipta aplikasi itu Pavel Durov meminta penjelasan mengenai tindakan kerajaan negara itu.

Rudiantara berkata pihaknya telah menyerahkan hasil penemuan kandungan Telegram di Indonesia kepada pasukan keselamatan dan pertahanan Indonesia.

Katanya Panglima Tentera Nasional Indonesia Gatot Nurmantyo, Ketua Polis Negara Tito Karnavian dan Ketua Staf Kepresidenan Teten Masduki bersetuju untuk tindakan sekatan Telegram.

Bagaimanapun kenyataan menteri itu tidak menyebut tarikh penguatkuasaan sekatan aplikasi berkenaan namun beberapa buah syarikat pengendali telekomunikasi di negara itu mengesahkan aplikasi web itu sudah tidak dapat diekses sejak semalam.

Telegram adalah aplikasi chatting secara percuma yang membolehkan pengguna mengirimkan pesanan chatting rahsia yang didakwa selamat untuk digunakan di samping dapat memuatkan gambar, video, menghantar dokumen atau mengirim lokasi.

Telegram dioperasikan oleh Telegram Messenger LLP milik seorang ahli perniagaan Russia Pavel Durov yang boleh digunakan dalam komputer dan telefon pintar.

Sejak kebelakangan ini, Indonesia sering menerima ancaman oleh puak pengganas yang dikatkan dengan aktiviti kumpulan Daesh.

Mereka menjadikan anggota-anggota polis dengan membuat serangan di pos keselamatan balai polis, menyerang anggota polis di masjid serta meletupkan bom bunuh diri di sebuah stesen bas yang sedang dikawal polis pada dua bulan lepas. – Bernama

KLIK BACA: Najib ‘kesal’ lengahkan Pilihan Raya PRU14? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Mahathir di mahkamah sempat kecam Najib terajui ‘parti pencuri’

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

Tolong Komen & Share