Najib bermain permainan salah menyalah dengan Tun Mahathir mengheret Anwar yang jika benar sudah dibicarakan dan dihukum justeru dibersihkan. – Foto my Sin Chew

Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Banyak persoalan berlegar dalam kepala orang ramai. Pertamanya, adakah Dr Mahathir masih kekal dengan kenyataan lamanya pada 1998 yang dia tuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii.

“Sehinggakan dia kata Anwar ini pemimpin yang tidak ada maruah, oleh itu tidak boleh memimpin negara.

“Semua itu kini menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asalnya, ataupun beliau sanggup korbankan prinsip lamanya (demi politik),” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Najib menjelaskan, selagi semua itu tidak dijawab Dr Mahathir, orang ramai akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan. – Bernama

Nota Ana Ghoib: Menurut firasat Ana Ghoib tuduhan lama Mahathir terhadap Anwar mungkin kekal untuk kes pertama sahaja bukan kes kedua di era Najib.

Meski banyak keraguan tuduhan di era Mahathir namun lebih banyak memuncak keraguan di era Najib.

Apa pun semua sudah tertulis Anwar sudah dengan berani menghadapi perbicaraan dan penjara membersihkan dirinya setidak-tidaknya di dunia tetapi kepada orang yang mengelak untuk berdepan perbicaraan itulah yang lebih utama ditanya bimbang menerima siksaan berganda di dunia dan akhirat kelak.

Bekas Pegawai SPRM Datuk Shukri Abdull menangis di hari persaraan.

Ana Ghoib fikirkan PERSIS jika hadis akhir zaman menyebut ‘perebutan kuasa 3 putera khalifah di sisi perbendaharaan’ berlaku dijangka di Saudi rupanya seakan di Malaya juga begitu.

Umpama kitab mimpi Nabi Daniel atau teks taurat yang mempunyai mesej dan makna tersirat begitulah juga hadis akhir zaman.

Susunan Ana Ghoib – Mimpi dan penglihatan aneh… risalah untuk bani Jawi

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

DIKEMASKINI: Nazri menggeletar takut saya kawan baik Anwar, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Tun Mahathir – HARAPAN akan soal AG dakwaan sembunyi jenayah 1MDB

KLIK BACAApandi: Saya tak sembunyi siasatan 1MDB, cuma takut Allah

KLIK VIDEO: “Nazri Aziz – Mahathir dan Anwar akan ‘berbunuhan’ elok mati lepas PRU pelan-pelan”

KLIK VIDEO: Kota Tinggi, Johor – Mahathir mohon maaf naikkan Najib jadi PM, tak sepatutnya Felda rugi

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Tolong Komen & Share