Low Taek Jho atau Jho Low mengemukakan perjanjian pengurusan pelaburan kepada pihak bank yang Good Star dilantik oleh 1MDB untuk menguruskan pelaburannya. – Gambar SCMP

PENYIASATAN pihak berkuasa Singapura terhadap kegiatan pelaburan pengurus bank Yeo Jiawei berjaya mendedahkan jejak penipuan Low Taek Jho di antara bank ketika ia menyalurkan lebih RM4 bilion daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada syarikat Good Star miliknya, kata The Edge Singapura semalam.

Yeo dihukum penjara empat tahun setengah oleh mahkamah Singapura pada Rabu kerana pengubahan wang haram dan penipuan, hukuman penjara terpanjang dikenakan dalam kes berkaitan 1MDB.

Bekas pengurus dana kekayaan BSI Singapura itu mengambil hampir AS$3.5 juta (RM14.9 juta) melalui urus niaga yang menyalahi undang-undang yang dikaitkan dengan Low.

The Edge Singapura melaporkan Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, pada mulanya mengemukakan perjanjian pengurusan pelaburan bank Coutts yang Good Star dilantik oleh 1MDB untuk menguruskan pelaburannya.

Low kemudiannya menyediakan satu lagi dokumen kepada Coutts, menyatakan dana itu dipinjam oleh 1MDB kepada Good Star.

Pejabat Peguam Negara Singapura berkata Low tahu dari mana punca wang Good Star.

“Perjanjian yang diberikan kepada Coutts tidak konsisten antara satu sama lain, dan kedua-duanya tidak selaras dengan penjelasan mengenai transaksi diberikan Tang Keng Chee yang diberikan kepada Deutche Bank Malaysia pada 30 September 2009,” kata peguam negara.

1MDB memeterai usaha sama (JV) dengan PetroSaudi International Limited pada September 2009.

Di bawah perjanjian itu, 1MDB akan menyuntik AS$1 bilion ke dalam JV, 1MDB PetroSaudi Limited, sebagai balasan satu bilion saham, atau 40% kepentingan dalam usahasama.

Menurut pernyataan fakta kes Yeo, pemindahan AS$1 bilion oleh 1MDB kepada JV dibuat melalui transaksi tukaran asing.

Pada 30 September 2009, Deutsche Bank Malaysia mengarahkan dalam surat yang ditandatangani pengarah eksekutif 1MDB Tang Keng Chee untuk memindahkan hanya AS$300 juta ke akaun JPMorgan (Suisse) SA bank JV.

Sebanyak AS$700 juta lagi akan dipindahkan ke akaun bank milik Good Star Limited, iaitu akaun bank RBS Coutts Bank AG (Zurich) No. 11116073.

Dalam perbualan telefon dengan Deutsche Bank pada hari yang sama, Tang mengesahkan AS$700 juta adalah pembayaran kepada PetroSaudi bagi pendahuluan yang dihutang oleh 1MDB PetroSaudi.

Pada 2 Oktober 2009, Sharol Halmi, ketua pegawai eksekutif 1MDB, memberitahu Deutsche Bank Malaysia yang “Good Star dimiliki 100% oleh PetroSaudi International Limited”.

Bagaimanapun, siasatan menunjukkan Jho Low adalah benefisiari akaun Good Star sehingga penutupannya pada September 2013.

Di antara Mei hingga Oktober 2011, Good Star menerima AS$330 juta lagi daripada 1MDB, melalui empat pemindahan.

Salah satu pemindahan dilaksanakan Deutsche Bank Malaysia di bawah perjanjian pembiayaan Murabaha bertarikh 14 Jun 2010, di antara 1MDB dan usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Siasatan mendedahkan Jho Low menyediakan perjanjian jualan dan pembelian kepada Coutts yang mendakwa AS$330 juta adalah hasil penjualan aset tertentu oleh Good Star kepada 1MDB.

“Perjanjian yang diberikan kepada Coutts itu sekali lagi konsisten dengan penjelasan yang diberikan kepada Deutsche Bank Malaysia,” kata pendakwa.

Secara keseluruhannya, AS$1.03 bilion yang sepatutnya dilabur 1MDB dalam usaha sama dialihkan ke akaun Good Star, kata pendakwa raya. – The Malaysian Insight

KLIK VIDEO: “Nazri Aziz – Mahathir dan Anwar akan ‘berbunuhan’ elok mati lepas PRU pelan-pelan”

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK BACA: Apa hendak dibanggakan jual harta pusaka kerajaan – Khairuddin Abu Hassan

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Tolong Komen & Share