KUALA LUMPUR 17, Julai 2017: Pilihan raya umum (PRU14) tidak akan diadakan sebelum September ini kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“(September) awal sangat, ia (PRU) akan didakan selepas itu,” kata Zahid semasa menyampaikan ucapan pada majlis rumah terbuka hari raya Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur semalam seperti dilapor Channel News Asia semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai tempoh sehingga Ogos tahun depan [2018] untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan PRU ke-14 diadakan.

Penganalisis juga menjangkakan kemungkinan Najib mengadakan PRU pada September adalah kecil kerana Kuala Lumpur menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA kali ke-29 pada bulan sama.

Perdana Menteri China, Xi Jinping pula dijadual melawat Malaysia pada Oktober.

Kelewatan mengadakan PRU berpotensi menambah masalah kepada BN yang diketuai Najib, akibat keluhan orang ramai yang terjejas akibat kelembapan ekonomi, kenaikan kos hidup dan kelemahan ringgit.

Melengahkan pembubaran parlimen untuk mengadakan PRU14 memberi masa tambahan kepada Pakatan Harapan mengukuhkan lagi pengaruh mereka di kalangan pengundi yang memungkinkan Najib terpaksa bersara dari politik dan Malaysia mendapat Perdana Menteri baharu.

KLIK VIDEO: “Nazri Aziz – Mahathir dan Anwar akan ‘berbunuhan’ elok mati lepas PRU pelan-pelan”

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib kehabisan hujah ‘bekas PM berdarah India’

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK BACA: Apa hendak dibanggakan jual harta pusaka kerajaan – Khairuddin Abu Hassan

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Tolong Komen & Share