Pegawai Khas Perdana Menteri, yang juga dilaporkan menjadi pembantu isteri beliau, Datuk Rizal Mansor mencadangkan PKR dibubarkan.

Cadangan tersebut sebagai susulan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berpakat dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam agenda menumbangkan Datuk Seri Najib Razak menerusi Pakatan Harapan (HARAPAN).

“PKR wujud kerana menentang kezaliman Mahathir terhadap Anwar.

“Sewajarnya, hari ni PKR dibubarkan kerana mereka telah pun ‘mengampunkan’ dosa-dosa Mahathir terhadap bapa Nurul Izzah Anwar,” syor Rizal dalam catatan di Facebooknya.

Rizal berkata, Dr Mahathir perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Anwar telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.

“Seperti yang pernah diminta oleh perdana menteri, selagi semua tuduhan sebelum ini tidak dijawab oleh Mahathir, rakyat jelata akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Yang pasti Anwar sudah dibicarakan, menjalani hukuman dan dibersihkan dengan beraninya samada benar atau tidak tuduhan ke atas beliau dalam kedua-dua kes.

Bukan soal dendam dengki Mahathir-Anwar lagi selepas mereka berdamai kini tetapi soal manusia  yang mengelak, memecat, menyingkir, mencukai berat yang patut dipersoalkan, tidakkah benar soalan bersuara jauh dalam hati kamu yang membaca ini?

Oh, terkenang imbas kembali kerukunan Malaysia yang kini sangkak segalanya bermula dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan seterusnya berlakulah deretan bala bencana angkara murka Allah yang Maha Adil.

Jika ditanya Mufti Dr Asri yang jernih hati pemikiran dia pun pasti akan mengakui hal ini?…

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK BACA: Bunuh Altantuya, hukuman gantung bagaimana rasanya? – Bekas Menteri Umno – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: “Nazri Aziz – Mahathir dan Anwar akan ‘berbunuhan’ elok mati lepas PRU pelan-pelan”

KLIK VIDEO: Kota Tinggi, Johor – Mahathir mohon maaf naikkan Najib jadi PM, tak sepatutnya Felda rugi

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACATerharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK BACA: Apa hendak dibanggakan jual harta pusaka kerajaan – Khairuddin Abu Hassan

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

KLIK BACA: Tun Mahathir – Najib bayar perunding asing nasihat hal kerajaan

Tolong Komen & Share