Penganalisis dan penulis buku politik Shahbudin Husin mengulas mengenai IKRAR BEBAS RASUAH – SPRM. – Foto FMT

oleh Shahbudin Husin

Memetik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad, dilaporkan hanya Pulau Pinang saja belum lagi menyatakan persetujuan untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah atau IBR sebagai tanda komitmen untuk memerangi jenayah tersebut.

Semua negeri yang ditadbir BN telah pun menandatangani IBR itu, manakala Selangor dan Kelantan, meskipun belum juga berbuat demikian, tetapi telah menyatakan kesediaan untuk menandatanganinya.

Penting sangatkah IBR itu sehingga Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan kesalnya terhadap Pulau Pinang yang enggan menandatanganinya?

Apakah negeri-negeri yang menandatangani IBR itu tiada kes rasuah berlaku, pimpinan kerajaannya benar-benar berusaha memerangi rasuah dan mereka tidak terpalit sama-sekali dengan sebarang elemen rasuah?

Atau negeri-negeri tersebut sekadar menandatanganinya semata-mata untuk menutup pendangan ramai terhadap kebejatan sendiri?

Tidak ada sama-sekalikah kes rasuah selama ini berlaku di negeri yang menandatangani IBR itu?

Tidak pernahkah timbul perbualan orangramai mengenai kekayaan dan kehidupan mewah pimpinan kerajaan dan segala kaum kerabatnya di negeri-negeri yang menandatangani IBR yang mungkin berpunca daripada amalan rasuah?

Adakah kerana Pulau Pinang tidak menandatangani IBR itu, maka ia bermakna mereka tidak serius memerangi rasuah berbanding negeri-negeri yang lain?

Bukanlah jika ada sebarang kes rasuah, memang menjadi tanggungjawab SPRM untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa di mahkamah tanpa mengambil kira sama ada IBR ditandatangani atau tidak?

Jika begitu, apa yang nak kecoh-kecoh sangat dengan IBR itu?

Adakah dengan adanya IBR juga, SPRM hanya percaya sepenuhnya kepada ikrar tersebut dan mengurangkan tumpuan ke negeri-negeri berkenaan serta memberi lebih perhatian kepada Pulau Pinang yang tidak menandatanganinya?

Terlanjur adanya IBR ini, kenapa tidak SPRM turut memanjangkannya kepada semua menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kementerian-kementerian, agensi kerajaan, GLC dan sebagainya?

Adakah Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan yang paling banyak memberi kelulusan projek selama ini, pernah menandatangani sebarang IBR?

Begitu juga dengan 1MDB, Felda, FGV, Felcra dan lain-lainnya, tidak mahukah mereka diminta sama untuk menandatangani IBR tersebut?

Dan akhirnya bukankah lebih gempak dan menaikkan lagi nama SPRM jika Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB juga dapat menurunkan tandatangannya berkenaan IBR?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian Malaysian Review.

KLIK BACA: Tidak lindungi Najib, Dr Mahathir cabar Apandi junjung al-Quran bersumpah dalam masjid

KLIK BACA: Apandi kena nasihat Kit Siang guna ayat Al Quran

KLIK BACA: Tun Mahathir soal AG jika benar Najib tak salah kenapa laporan Audit, SPRM dan BNM dirahsiakan!

KLIK BACA: Buka semula kes Scorpene demi keadilan Altantuya, Sirul – AMK 

KLIK BACAKisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: PH jadi kerajaan bukan untuk beli berlian jutaan ringgit beri isteri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Terharu komitmen Pakatan Harapan bebaskan Anwar dari penjara – Ana ghoib

KLIK MENARIK: Hubungan Jho Low dan Najib dalam 1MDB

Tolong Komen & Share