Seorang pelajar lelaki yang meletakkan racun di dalam mi goreng rakannya di Sri Aman, Sarawak mendakwa dia berbuat demikian kerana tidak tahan dibuli mangsa.

Datuk kepada pelajar berusia 13 tahun itu mendakwa, mangsa rakan sekelasnya itu juga sering meminta wang dan makanan daripada cucunya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, datuk pelajar yang menjadi suspek kes itu membuat laporan di Balai Polis Sri Aman 5 petang semalam, mendakwa tindakan cucunya itu adalah tindak balas terhadap perbuatan mangsa, lapor Harian Metro.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan kejadian keracunan makanan yang dilakukan suspek.

Menurut laporan itu, seorang pelajar sekolah menengah di Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah selepas makan mi yang mengandungi racun lipas, kelmarin.

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Sri Aman.

Suspek yang juga rakan sekelasnya ditahan polis pada 2.30 pagi semalam susulan laporan polis yang diterima daripada bapa mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan racun dan suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

KLIK BACA: Jabatan Kehakiman Amerika malu jika membisu mengenai MO1, 1MDB – Tan Sri Adam Kadir

KLIK BACA: Isteri PM dikenali pemegang kuasa sebenar, lapor South China Morning Post

KLIK BACA: “PH mahu peta harta karun 1MDB selepas kapal lanun BN dikalahkan”

KLIK BACASumpah Mahathir kebudak-budakan, adakah Najib pernah bersumpah kebudak-budakan juga?

KLIK BACA: Tun Mahathir soal AG jika benar Najib tak salah kenapa laporan Audit, SPRM dan BNM dirahsiakan!

KLIK BACA: Buka semula kes Scorpene demi keadilan Altantuya, Sirul – AMK 

KLIK BACAKisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? – Tan Sri Sanusi Junid

Tolong Komen & Share