Najib dilihat semakin terdesak hingga mencemar nama baik Pakatan Harapan dengan menuduhnya dikuasai DAP. – Foto The Malaysian Times

Shah Alam 25 Julai 2017 – Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, kecaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap pimpinan Pakatan Harapan menjadi bukti terdesaknya beliau.

“Kenyataan Najib hari ini menunjukkan betapa beliau takut sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14 seterusnya akan membawa ‘pesalah laku’ ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Najib di dalam ucapannya semasa program Invest KL 2017 mengecam pimpinan Pakatan Harapan dengan mendakwa pembangkang kini berada dalam keadaan huru-hara dan tidak mencapai kata sepakat.

Sementara itu, Wan Azizah mencadangkan agar Najib berhenti memperlekehkan kekuatan dan iltizam parti tersebut.

“Sebaiknya, beliau mengumumkan untuk bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU 14 nanti.

“Saya juga menggesa agar Najib memberanikan diri untuk berdebat dengan mentor lama beliau yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyangkal segala dakwaan yang telah dilempar terhadapnya dan pentadbiran beliau,” katanya lagi dalam kenyataan media yang sama.

KLIK BACA TULISAN PENUH: Tun Mahathir: Berani kata Apandi bohong

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

KLIK BACA: Sejarah Khairy lebih hitam atau Dr Mahathir jika mahu dikorek? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Yang mana benar tuduhan Rosmah 99% atau 1% – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Isteri PM dikenali pemegang kuasa sebenar, lapor South China Morning Post

CLICK READ: Blood Diamond are not Forever – Nurul Izzah Anwar

Tolong Komen & Share