oleh Shahbudin Husin

Semua orang tahu Zahid Hamidi berketurunan Jawa dan dalam satu temubual dengan stesen televisyen Indonesia tidak lama dahulu, nampaknya beliau berbangga dengan keturunannya yang berasal dari negara jiran itu.

Namun, Zahid Hamidi rupa-rupanya tidak sekadar berketurunan Jawa, tetapi juga sepertinya anti dengan golongan mamak dan keturunan India Muslim di negara ini.

Tidak seperti Najib yang mahu memberi taraf Bumiputera kepada keturunan India Muslim dan meletakkan kedudukan yang tinggi dalam kerajaan kepada sekian ramai mereka yang berketurunan mamak dan India Muslim, Zahid Hamidi sebaliknya seolah-olah bersikap anti terhadap kelompok tersebut.

Dengan beliau mengungkit darah keturunan Tun Mahathir Mohamad, ramai yang jadi tidak faham apa kaitan dan tujuannya Timbalan Perdana Menteri itu berbuat demikian?

Lebih sukar difahami kerana Zahid Hamidi kononnya sudah 30 tahun mengunjungi Kaabah pada setiap akhir Ramadan tanpa pernah tertinggal melakukannya walau sekali pun.

Apakah begitu sekali cara berpolitik orang yang selalu berbangga dan bercerita dengan kawan-kawan mengenai kemampuannya mengunjungi Kaabah setiap tahun?

Kenapa Zahid Hamidi menampakkan sikap antinya itu dan apa kaitannya keturunan Tun Mahathir dengan persoalan politik, khususnya skandal 1MDB dan kecurian wang yang berlaku dalam negara?

Apakah tindakannya itu dapat menambahkan undi untuk UMNO dan BN?

Atau ia sebaliknya hanya menjadikan UMNO dan BN makin dibenci serta ditolak?

Jika demikian, apakah tujuan Zahid Hamidi berbuat begitu?

Apa salahnya Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim dan menjadi Perdana Menteri selama ini sedangkan darah itulah yang membina banyak pembangunan seperti KLCC, KLIA, LRT, Lebuhraya Utara-Selatan dan pelbagai lagi sepanjang pemerintahannya?

Apakah dengan mengungkit darah keturunan Tun Mahathir, Zahid Hamidi cuba menyanggah hasrat Najib mahu memberi taraf Bumiputera kepada golongan India Muslim?

Apakah juga Zahid Hamidi tidak senang dengan kedudukan Ali Hamsa sebagai Ketua Setiausaha Negara, Irwan Siregar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, Reezal Merican Naina Merican sebagai Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita UMNO, Aziz Sheikh Fadzir dan Musa Sheikh Fadzir sebagai Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Ketua UMNO Bukit Mertajam dan lain-lain lagi yang berketurunan mamak dan India Muslim?

Kalau Zahid Hamidi begitu curiga dan lantang mendakwa Tun Mahathir yang berketurunan India Muslim telah mempergunakan orang Melayu, apakah ia juga bermaksud semua yang berketurunan India Muslim berperangai begitu?

Apakah nasib mereka yang berketurunan India Muslim, baik dalam UMNO atau kerajaan selepas ini – dikekalkan dan diberi peluang bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang atau Zahid Hamidi akan memainkan peranan berbisik kepada Najib agar menggugurkan satu persatu mereka itu?

Bagaimana jika ditakdirkan Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri?

Apakah hanya Jawa saja yang mendapat tempat dan semua India Muslim akan diketepikan?

Awass….mamak dan India Muslim semua, Zahid Hamidi mula merbahaya kepada anda!! – Sumber Shahbudin Husin  | Foto kredit FMT

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadinya yang tidak semestinya mewakili Malaysian Review sebagai laman penyebar berita.

KLIK BACA: Bapa Mahathir bukan Iskandar Kutty tapi datuknya, Marina kecam Zahid

KLIK BACA: Zahid TPM paling lekeh merapu – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Rahsia Zahid serang Tun Mahathir dijelaskan Zahid Mat Arip

KLIK BACA: Najib hujah ‘ke laut’ sepupunya Hishammuddin ikut keliru

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Tolong Komen & Share