Tun Dr Mahathir Mohamad dibangkitkan keturunannya oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berasal India dan mempergunakan Melayu selama 22 tahun semasa pentadbirannya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid  menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

Namun, menurut laman Facebook Mukhriz Mahathir FC, individu yang datang dari Kerala, India bukan bapa Mahathir sebaliknya adalah datuknya yang bernama Iskandar.

“Yang datang dari Kerala bukan ayahanda Tun M (Mahathir) tetapi nenda (atuk) Tun M bernama Iskandar.

“Kerala adalah bukan bangsa asal India, tetapi berketurunan Yaman.

“Iskandar berkahwin dengan Siti Hawa dari Johor maka lahirlah Mohamad pada 1881 di Pulau Pinang.

“Mohamad pula berkahwin dengan Wan Tempawan Bt Wan Hanafi maka lahirlah Tun M @Che Det. Che adalah kerana Wan berkahwin dengan rakyat kebanyakkan,” kata kenyataan itu.

Menjelaskan lanjut salasilah Mahathir, Iskandar dikatakan datang ke Tanah Melayu melalui Syarikat Hindia Timur untuk mengajar bahasa Inggeris di istana.

Mohamad pula adalah pengetua pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah, menurut Facebook berkenaan.

“Nenda (Iskandar) di datangkan oleh Syarikat Hindia Timor (British) untuk mengajar bahasa Inggeris di Istana.

“Manakala Mohamad adalah pengetua pertama Kolej Sultan Abdul Hamid di Kedah.

“Perlu teliti salasilah dan wasilah asli sebelum memuatnaik status keturunan seseorang tanpa kepastian sendiri,” kata kenyataan itu.

Firman Allah: Maka sesungguhnya Kami memudahkan turunnya Al-Quran ini dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya engkau memberi khabar gembira dengannya kepada orang-orang yang bertaqwa, dan supaya engkau memberi amaran dengannya kepada kaum yang degil dalam kekufurannya. – (Maryam 19:97)

Risalah Ana Ghoib: Menurut cerita Zahid Hamidi sering ke Kaabah, Makkah saban tahun disetiap akhir ramadan.

Aneh bagi anak ulama JAWA, Zahid Hamidi yang selalu ke tanah HARAM tetapi tidak mengetahui hakikat pengajaran dari tanah haram itu yang pemilik dan penjaganya menciptakan pelbagai jenis kulit dan kaum.

Iblis manakah yang menghasut seakan kamu membenci tanah hitam berlumpur diciptakanNya Adam a.s itu sehingga kamu berlaku sombong lalu menghasut melayu jawa tanah rawa sawo matang ini?

Atau engkau hendak membawa fahaman membenci kaum suku-suku agama bangsa seperti Yahudi dengan adat ‘gentiles’ nya?

Ingat ini, kalau tak kerana ulama pelayar Arab India Goa Malabar Kerala sampai ke Malaya singgah di Aceh dan Jawa barangkali Zahid masih lagi beragama hindu keturunannya di Indonesia.

Zahid anak Hamidi maaf dan letaklah takwa di antara kedua mata mu serta berlaku adillah janganlah kabur peradilanmu kerana harta, nama, pangkat, kuasa dan kasih mesra berpilih.

Firman Allah: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. – (Al-Maaidah 5:8)

Peringatan nasihat dan amaran untuk Bani Jawi – Kaum Melayu

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”. – (Al-A’raaf 7:164)

Dan tidak ada gunanya nasihatku kepada kamu, jika aku hendak menasihati kamu, kalau Allah hendak menyesatkan kamu (kerana kamu tetap berdegil); Dia lah Tuhan kamu dan kepadaNya kamu akan kembali”. – (Hud 11:34)

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

Islam in Kerala – Wikipedia: Islam arrived in Kerala through Arab traders during the time of Prophet Muhammad (AD 609 – AD 632).

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK BACAZahid lupa pernah isytihar harta RM230 juta dalam akaunnya, soal Dr Mahathir

KLIK BACABeranikah Zahid akui bertemu Tun Mahathir atau selesa digelar ‘kaki pembohong’?

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK BACA: Bekas Peguam Negara bangkitkan kes Eric Chia untuk Apandi faham isu 1MDB

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

Tolong Komen & Share