Kerajaan tidak mempunyai ruang lagi untuk berunding dengan Australia untuk membawa pulang Sirul pembunuh Altantuya. – Foto FMT

KUALA LUMPUR 1 Ogos 2017 [PARLIMEN] – Kerajaan belum membuat permohonan ekstradisi kepada Australia bagi membawa pulang bekas anggota polis elit, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam jawapan bertulis di parlimen, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata permohonan itu menyentuh hubungan dua hala dengan Australia dan ia perlu dibuat secara berhati-hati.

Selain itu, katanya, usaha kerajaan untuk membawa pulang Sirul bagi menjalani hukuman mati menyentuh isu mengenai hak asasi manusia.

“Mengikut triti ekstradisi, dokumen permohonan ekstradisi perlu menyatakan hukuman yang akan dikenakan ke atas penjenayah tersebut (hukuman mati) yang telah dijatuhkan mahkamah persekutuan.

“Bagaimanapun Australia merupakan salah satu negara yang tidak menyokong pelaksanaan hukuman mati dan tidak diterima oleh masyarakat di sana,” kata Zahid.

Katanya kerajaan boleh mengemukakan hukuman selain hukuman mati seperti penjara seumur hidup sekiranya berhasrat mengemukakan permohonan ekstradisi kepada mana-mana negara yang tidak menyokong hukuman mati.

“Kerajaan tidak mempunyai ruang lagi untuk berunding dengan Australia kerana makamah persekutuan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul.

“Atas dasar itu, kerajaan masih lagi mengkaji kaedah terbaik untuk menangani isu tersebut,” jelasnya.

Sirul dan seorang lagi tertuduh Azilah Hadri merupakan pegawai pengiring kepada Datuk Seri Najib Razak dan disabitkan hukuman mati oleh mahkamah persekutuan pada Januari 2015 kerana kesalahan membunuh Altantuya.

Sirul bagaimanapun berjaya melarikan diri ke Australia.

Altantuya dikatakan ditembak 2 kali di kepala, sebelum dibalut dengan bahan letupan gred tentera yang menyebabkan tubuhnya berkecai dalam hutan di pinggir Kuala Lumpur. Motif pembunuhannya masih tidak diketahui.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Sirul mendakwa dia melakukan jenayah itu kerana mengikut arahan dan mereka yang mempunyai motif membunuh Altantuya masih bebas.

Nota Ana Ghoib: Pelik bukan? apabila gempar Sirul mahu mendedah motif pembunuhan Altantuya yang tidak dikenalinya maka media dan peguamnya [yang mahal fee-nya] pula sama sibuk bercerita mengenai Sirul akan memohon pengampunan diRaja atau hukuman mati beliau ditukar kepada hukuman penjara lalu membolehkan Sirul dibawa pulang ke Malaysia.

Kesudahannya anda semua tahu – tutup cerita – mengarut – ini perkara lama adalah jawapan dalam tin yang biasa diberikan apabila ditanya soal keadilan kepada mangsa di sebuah negara Islam Malaysia.

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK BACABeranikah Zahid akui bertemu Tun Mahathir atau selesa digelar ‘kaki pembohong’?

KLIK BACA: Bekas Peguam Negara bangkitkan kes Eric Chia untuk Apandi faham isu 1MDB

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

KLIK BACANajib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib serik tak mahu lagi salur banyak wang bantu 1MDB

KLIK BACA“Boneka berkuasa gadai negara lebih bahaya dari pemimpin bersara” – Datuk Raja Bahrin Shah

Tolong Komen & Share