Azmin Ali menulis surat tuntutan rasmi menggesa PDRM untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low. – Foto Azmin Ali Facebook

KUALA LUMPUR 2 Ogos 2017: Datuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut pihak polis untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan rasmi telah dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam dengan notis 14 hari untuk beliau bertindak.

“Kami telah diarahkan oleh MB (Azmin) untuk mengeluarkan notis berkaitan dengan cara untuk menahan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia dengan bantuan Interpol,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini lapor Malaysiakini.

Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.

“Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah,” kata Surendran.

Komen Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Facebook beliau seperti di dalam gambar di atas:

Dua soalan saya terhadap Perdana Menteri mengenai 1MDB ditolak pada sidang Dewan Rakyat kali ini. Alasannya isu ini sedang dibicarakan dalam mahkamah dan menimbulkan rasa sakit hati.
Rupanya PM sakit hati dengan soalan 1MDB.

KLIK BACAZahid pun lupa pernah isytihar harta dalam akaunnya, soal Dr Mahathir

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Beranikah Zahid akui bertemu Tun Mahathir atau selesa digelar ‘kaki pembohong’?

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK TERKINI: Rundingan bawa pulang Sirul dengan Australia tertutup, kata Zahid di Parlimen

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

Tolong Komen & Share