Anggota parlimen Pekan, Najib Razak bercakap di Dewan Rakyat, berkata kerajaan akan sentiasa memastikan rakyat mendapat manfaat daripada dasar kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membayangkan, akan ada lebih banyak hasil insentif daripada kerajaan pada beberapa bulan akan datang.

“Sebab itu saya umumkan pakej (insentif) untuk Felda, veteran ATM (Angkatan Tentera Malaysia).

“Bulan-bulan akan datang, insya-Allah banyak lagi usaha kerajaan kita akan lakukan.

“Kita sebagai kerajaan akan lakukan terbaik untuk rakyat,” katanya.

“Namun, (kerajaan) tak boleh janjikan benda tak masuk akal (seperti) yang sering dijanjikan pembangkang sebagai gula-gula untuk menyukakan hati rakyat, tapi tak mampu dilaksanakan di mana-mana kerajaan,” kata Najib lagi.

Najib sebelum ini bertemu dengan puluhan ribu veteran ATM pada Perhimpunan Veteran ATM 2017 di Seri Kembangan dan menyumbangkan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan, Najib turut mengumumkan lima insentif yang akan diperolehi veteran ATM.

Najib pada hari lahir 23 Julai lalu, turut mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda. Antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif dan insentif perumahan.

KLIK BACAZahid pun lupa pernah isytihar harta dalam akaunnya, soal Dr Mahathir

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Beranikah Zahid akui bertemu Tun Mahathir atau selesa digelar ‘kaki pembohong’?

KLIK BACA: Mahkamah Perancis dakwa Razak Baginda terima sogokan penjualan kapal selam Scorpene

KLIK TERKINI: Rundingan bawa pulang Sirul dengan Australia tertutup, kata Zahid di Parlimen

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

KLIK BACA: Najib ungkit kisah Firaun tangkap orang

Tolong Komen & Share