Fakta-fakta menunjukkan lelaki yang dibakar hidup-hidup ini bukanlah pencuri lapor portal TribunWow Indonesia hari ini Khamis, 3 Ogos 2017. – Foto TribunNews

Seorang lelaki dibakar hidup-hidup kerana dituduh mencuri amplifier masjid. – Foto Songgolangit Blog

Berikut fakta-fakta menyedihkan yang dikumpulkan TribunWow.com.

Lelaki tersebut seorang pekerja pembaikan TV dan Radio datang ke masjid Sukatenang untuk solat menurut status Facebook Yuni Rusmini.

Bagaimana pun dia kemudian dituduh mencuri kerana didakwa membawa amplifier masjid walhal barangan tersebut dibawanya sendiri kemudian melarikan diri untuk menghindari amuk penduduk yang salah sangka akhirnya dibakar hidup-hidup hingga mati, lokasinya di Kampung Muara, Desa Muara Bakti, Kecamatan Babelan, Kabupaten Bekasi.

Suspek meninggal dunia di tempat kejadian dengan 80% kesan lecuran pada badan.

Mayatnya dihantar ke Hospital Polis Kramat Jati di Jakarta Timur.

“Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atas penjenayah kerana Indonesia mempunyai undang-undangnya sendiri,” kata Ketua Polis Bekasi Sr Comr Asep Adi Saputra.

Mangsa telah selamat dikebumikan meninggalkan istri yang hamil 7 bulan manakala pihak keluarganya dilaporkan memaafkan penduduk yang menganiaya mangsa tanpa usul periksa.

Warga maya pula berang dengan kejadian mendesak keluarga mangsa melaporkan kepada pihak polis malah sesetengan netizen mengatakan tidak mungkin isterinya yang hamil 7 bulan begitu mudah memaafkan si pelaku.

Sebelum ini tular di media sosial kejadian seorang lelaki kelihatan pengsan berlumuran darah dibakar dengan api di siarkan di Facebook Lintas Cornering. – (TribunWow.com/Rimawan Prasetiyo) diolah kembali oleh Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Tun Mahathir – Saya tak tahu dan tak setuju beli kapal selam Scorpene

KLIK BACA: Azmin hantar surat tuntut IGP cari bawa pulang Jho Low

KLIK BACAZahid pun lupa pernah isytihar harta dalam akaunnya, soal Dr Mahathir

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

Tolong Komen & Share