Rata-rata rakyat Malaysia membandingkan hidup di zaman Dr Mahathir tanpa rejim cukai yang menggigit dan kemesraan perkongsian kekayaan negara melalui pemberian subsidi namun semuanya hapus semenjak Najib berkuasa di mana keadaan tambah buruk disebabkan pelbagai skandal mega juga hutang yang menjadi punca utama ringgit jatuh. – Foto Sin Chew Daily

oleh The Malaysian Insight

Cara Perdana Menteri Najib Razak mahu menangani isu peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kehidupan kebanyakan pengundinya akan menjadi faktor penting menentukan peluangnya untuk menang pada pilihan raya umum akan datang, lapor Bloomberg.

Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya menang besar dalam pilihan raya negeri tahun lalu dan mendapat kelebihan akibat pergaduhan dalaman pembangkang, isu peningkatan kos sara hidup boleh menjejaskan sokongan terhadap Najib.

Di Kuala Lumpur, mereka yang diklasifikasikan sebagai miskin dan miskin tegar melihat gaji rendah mereka – ada serendah RM460 sebulan – semakin tertekan dengan kenaikan harga barang, lapor Bloomberg.

Mohd Ezam Mohd Said, 55, menghantar tiga anaknya ke sekolah setiap pagi dan menjemput mereka pulang pada waktu tengah hari dengan motosikalnya.

“Saya tidak mampu beli kereta. Hendak makan ayam lebih seminggu sekali pun tidak mampu,” kata peniaga pisang goreng di Kuala Lumpur itu, di mana pendapatannya ialah RM20 sehari.

Walaupun kerajaan membelanjakan RM1.9 bilion untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah sejak 2010, dan merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar, rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan dua tahun lalu, di mana ramai menyalahkan ia punca harga barang melambung tinggi.

Siti, penjual air kelapa berkata pendapatan hariannya tidak pernah cukup, tetapi dia dapat bertahan.

Dengan sembilan ahli keluarga tinggal bersama dalam rumah flet yang disewanya daripada kerajaan, dia tidur di atas lantai dengan cucunya.

“Saya bersyukur dapat meneruskan hidup.

“Belum sampai lagi ke tahap di mana saya terpaksa ketuk pintu rumah jiran minta duit,” katanya.

Najib, yang sedar majoriti pengundinya daripada kelas bekerja paling terjejas dengan kenaikan kos sara hidup, kini sudah pun menambahkan bantuan kepada golongan miskin, dan bajet pada Oktober mungkin memperuntukkan lebih banyak wang untuk mereka, kata Bloomberg.

Strategi seumpama itu berkesan untuk gabungan BN diketuai Umno pada masa lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan.

“Ramai orang yang bergantung pada peruntukan kerajaan rasa bersyukur pada BN atau mereka akan rasa takut hilang bantuan jika cuba mengubah pentadbiran,” katanya dipetik sebagai berkata.

Tetapi tidak semua orang rasa kerajaan sudah buat yang terbaik.

Pemandu teksi Isa Ismail, 61, berkata dia dan rakannya tidak akan menyokong Najib lagi.

Pendapatannya jatuh 70% apabila syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing menawarkan tambah lebih murah.

Dia bekerja 10 jam sehari tetapi hanya mampu membawa pulang RM70.

“BN janji tidak serupa bikin. Saya fikir pembangkang akan melakukan yang terbaik dalam menjaga kebajikan kami,” kata Isa.

Gabungan Pakatan Harapan (PH) menampilkan manifesto berkenaan isu kehidupan, menurut Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Rafizi, yang juga naib presiden PKR berkata janji ditawarkan mungkin hampir sama dengan pilihan raya umum lalu, termasuk menggantikan GST dengan sistem cukai lebih progresif dan mengembalikan subsidi.

Seorang lagi pemandu teksi, Kamzailan Kamal, 53, berkata masalah sebenar bukan pada BN tetapi “orang atas”.

“Kita perlu ubah kerajaan. Jatuhkan Najib,” katanya yang tidur dalam teksi pada hari bekerja, dan memandu 12 jam sehari di sekitar ibu kota.

“Pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kami pemandu teksi tidak akan sokong BN,” katanya.

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Surat terbuka minta Najib dengar dulu rakaman perbualan Zahid dan Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya satu-satunya MB minta kerajaan kurangkan GST 3% tapi dipecat – Mukhriz

KLIK BACATiada siapa sangka Najib jadi macam ‘Jekyl and Hyde’, kata Mukhriz

KLIK BACA: Zahid minta maaflah ungkit keturunan Tun Mahathir

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

Tolong Komen & Share