Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas 182 pertuduhan melakukan serangan seksual termasuk liwat dan rogol anak kandungnya.

PUTRAJAYA 10 Ogos 2017 – Tiga kali setiap hari kecuali dua hari sebelum dan hari pertama ramadan, seorang agen unit amanah didakwa melakukan liwat terhadap anaknya berusia 15 tahun, sejak Januari lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu bermula 1 Januari sehingga 20 Julai lepas di bilik utama rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas keseluruhan 594 pertuduhan liwat yang dikemukakan.

Bagi kesalahan liwat, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Selain liwat, dia juga menghadapi 30 pertuduhan amang seksual fizikal, sumbang mahram dan penganiayaan seksual terhadap mangsa sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin dan Nordalina Ali di hadapan Hakim, Yong Zarida Sazali.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang bekerja sebagai agen unit amanah didakwa melakukan 30 perbuatan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang mempunyai hak penjagaan didakwa melakukan penganiayaan seks terhadap mangsa.

Bapa kepada tiga anak perempuan itu turut didakwa merogol mangsa.

Tertuduh juga didakwa dengan 150 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii (liwat) terhadap mangsa tiga kali sehari setiap hari bermula Januari sehingga Mac lepas. – Sinar Harian

KLIK BACAPejabat anak diserbu LHDN, saya sedia disiasat – Tun Mahathir

KLIK BACA: Mungkin ini punca 1MDB tak boleh bayar IPIC RM2.6 bilion, penjelasan oleh Tony Pua

KLIK BACA: Rafizi sahut gesaan SPRM, tawar diri siasat maklumat kekayaan Najib

KLIK BACA: Tun Mahathir tegur pihak tak tahu malu di Malaysia

KLIK BACA: Zahid hina keturunan Mahathir tetapi akhirnya sendiri terpaksa sumpah – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib jauh lebih bahaya berkuasa berbanding Dr Mahathir kononnya boneka DAP 

Tolong Komen & Share