Timbalan Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani menafikan serbuan ke atas syarikat milik anak Dr Mahathir oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bermotifkan politik.

Johari berkata, LHDN merupakan organisasi korporat yang ditugaskan mengutip cukai dan menjalankan siasatan sekiranya terdapat bukti cubaan lari dari cukai.

“LHDN merupakan badan sebuah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pegangan politik. Mereka boleh menjalankan siasatan ke atas sesiapa sahaja.

“Selagi mereka menemui bukti yang cuku, mereka boleh berbuat demikian. Tiada sesiapa yang boleh arahkan LHDN siapa yang mereka boleh siasat. Saya tidak rasa ia bermotifkan politik,” katanya lapor The Malaysian Insight.

LHDN semalam menjalankan serbuan ke atas syarikat Kencana Capital Sdn Bhd yang dimiliki akan kedua Dr Mahathir Mokhzani dan merampas fail daripada 11 anak syarikat itu.

Serbuan turut dijalankan ke atas Opcom Holdings Berhad, yang dioengerusikan Mokhzani Mahathir dengan Mukhriz Mahathir sebagai salah seorang pemegang saham, dan Crescent Capital Sdn Bhd, di mana ketua pegawai eksekutifnya adalah anak ketiga Dr Mahathir Mirzan.

Marina Mahathir berkata serbuan ke atas syarikat adiknya itu bukan satu kebetulan.

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACA1MDB bayar tambahan AS$50 juta kepada IPIC kenapa, soal Kit Siang

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share