TImbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli Umno sama-sama mempertahankan “Rumah Umno” daripada dicerobohi oleh pihak, termasuk beberapa bekas pemimpin, yang mahu melihat parti itu musnah. – Foto Astro Awani

Zahid menyamakan parti keramat berusia 71 tahun itu sebagai “rumah”, Zahid yang juga naib presiden Umno menjalankan tugas timbalan presiden, berkata sememangnya menjadi tanggungjawab ahli parti untuk mempertahankan rumah itu daripada segala ancaman.

“Kita yang berada di rumah Umno ini, memang tanggungjawab kita menentukan jika rumah kita bertingkapkan kaca, berdindingkan besi, kita tidak mahu mana-mana tokoh atau bekas pemimpin atau individu cuba membaling batu ke cermin tingkap rumah kita,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Baru, malam tadi.

Beliau mengakui bukan mudah untuk mempertahankan “rumah Umno” yang berusia 71 tahun, namun tiang seri parti itu disifatkan masih kukuh dan perlu terus dipertahankan, selain dipermodenkan mengikut peredaran semasa.

“Rumah itu harus dipertahankan dan jangan dirobohkan untuk jadi rumah baru kerana tiang serinya masih kukuh, lantai yang mula bocor itu kita tampal dan jika boleh kita ganti lantai dengan lantai baru,” katanya.

Zahid turut mengingatkan semua ahli Umno Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang dianggap sebagai ibu kepada PRU dan merupakan satu peperangan besar bagi parti keramat itu. –   Bernama

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib ... Mimpi dan penglihatan aneh.

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACA1MDB bayar tambahan AS$50 juta kepada IPIC kenapa, soal Kit Siang

KLIK BACA: UMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share