Kenyataan media oleh Syarul Ema Rena – Exco Wanita Parti Keadilan Rakyat [PKR]

Berpandukan artikle Postcard News bertarikh 27 July 2017 bertajuk ‘Sri Lanka adalah negara asia pertama menjadi mangsa perangkap hutang China’ (Sri Lanka, the First Asian country to become the Victim of China’s Debt Trap), mula membuat saya serta kita semua bimbang.

Kita jadi lagi panik bila kita tahu negara kita melalui Najib Razak UMNOBN dah jual berberapa kepetingan aset negara pada negara yang sama memerangkap Sri Lanka.

Keadaan Sri Lanka menjadi tenat setelah Kerajaannya dalam sedekad yang lepas telah membelanjakan perbelanjaan yang banyak untuk pembangunan infrusktur dimana pelaburan masih belum mendatangkan hasil yang dikehendaki.

Jumlah hutang Sri Lanka ketika ini sebanyak USD 64 billion. Segala pendapatan yang diterima, 95% digunakan untuk membayar hutang walaupun hutang dengan China adalah USD 8 billion sahaja. Tanggapan rakyat adalah kerajaan telah menjual negara ke China.

Apa yang berlaku sebenarnya kerajaan Sri Lanka telah mengambil pinjaman dari China, akan tetapi mengenakan kadar faedah komersil yang tinggi. Apa yang menjadikan kita lagi bimbang, Najib dah jual banyak kepetingan aset negara pada China dan apa lagi perjanjian yang kita tidak tahu.

Kalau China datang sebagai pelabur kita boleh terima, tapi soalnya aset negara kita kini jadi milik mereka. Di mana jaminan negara kita tidak akan jadi macam Sri Lanka?

China menggunakan taktik ini untuk memerangkap sesebuah negara. Pertama, memenuhkan barang-barang yang murah dari China. Keadaan ini akan memusnahkan pembuatan tempatan dan sektor yang lain. China juga memberikan pinjaman yang mudah untuk membina infrastruktur.

Dengan ini, China telah membina perlabuhan, lapangan terbang dan highway. Selalunya, kontraktor yang sama akan dipilih untuk membina semua kemudahan ini, iaitu hanya Syarikat China sahaja. Masalah inj juga boleh mula nampak terjadi di Malaysia di mana hanya kontraktor China mula membanjiri pembinaan di projek kerajaan cagarkan

Sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, masalah seperti ini tidak timbul dalam membangunkan negara dengan pelbagai projek mega. Kita tak ada berhutang tengkuk dengan China, kita tak ada jual aset negara pada China untuk mengadakan pelbagai kemudahan serta pembagunan negara.

Kenapa di zaman UMNOBN Najib Razak ni negara kita harus lalui risiko mempercayai negara komunis yang kerap kali di laungkan UMNO BN untuk menolak komunis? Kiranya UMNOBN ni cakap tak serupa bikin malah telah meletakkan Malaysia di keadaan yang berisiko.

Saya bukan bercakap sebagai pembangkang yang bencikan UMNOBN tapi saya bercakap sebagai seorang rakyat Malaysia yang sayangkan negara serta masa depan keluarga saya menyatakan kerisauan saya serta mempertikaikan tindakan Najib Razak meletakkan Malaysia di keadaan tidak terjamin.

Sedangkan janji UMNOBN dulu boleh turunkan harga bila laksanakan GST pun hancur, kita nak terus percayakan lagi janji Najib lagi?

Di Sri Lanka infrastuktur telah dibina akan tetapi tidak mendatangkan hasil. China mendapat faedah dengan cara ini. Sri Lanka juga telah memberikan cadangan dalam mengurangkan pembayaran hutangnya tapi telah ditolak oleh China.

Bukan kah ini boleh menjadi masalah besar dan risiko pada rakyat dan negara kita?

Apa jaminan Najib Razak bahawa kita tak akan jadi mangsa hutang oleh China negara komunis tu seperti apa yang terjadi di Sri Lanka?

Bagitahu saya, siapa nak percaya dengan China tu? Adakah saya pengkhianat bila saya bertindak untuk rasa bimbang bila negara saya mampu jadi seperti apa yang berlaku di Sri Lanka? Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.

Syarul Ema Rena @ Ratu Naga
EXCO Wanita Keadilan

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK BACA1MDB bayar tambahan AS$50 juta kepada IPIC kenapa, soal Kit Siang

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Tolong Komen & Share