PELANCARAN KLINIK BANTUAN GUAMAN BERGERAK (KLUARGA)

Kenyataan Media Wanita KEADILAN Selangor | 11 Ogos 2017

Wanita KEADILAN Selangor percaya bahawa kekuatan institusi keluarga adalah penanda aras utama kejayaan sesebuah negara yang inklusif dan lestari. Institusi kekeluargaan yang mantap dan utuh adalah tunjang kepada kekuatan masyarakat. Ia juga merupakan unit asas dalam mewujudkan serta melengkapkan sistem sosial dan sumber tenaga manusia negara.

Pada tahun 2016, di Selangor merekodkan sejumlah 12,578 kes penceraian dengan peningkatan sebanyak 705 kes penceraian daripada tahun 2015 iaitu sebanyak 11,873 kes dan 11,297 kes pada tahun 2014.

Kes-kes penceraian telah menyebabkan permasalahan baru yang timbul seperti hak penjagaan anak-anak, nafkah bagi anak-anak, harta sepencarian dan sebagainya. Wanita-wanita yang menjadi mangsa penceraian memerlukan bantuan sama ada daripada segi guaman, kaunseling dan lain-lain.

Oleh itu, Wanita KEADILAN Selangor telah mengambil satu inisiatif untuk tangani situasi ini dengan melancarkan program Klinik Bantuan Guaman Bergerak atau ‘KLUARGA’ bagi menyediakan kemudahan kepada wanita yang kurang berkemampuan mendapat khidmat nasihat guaman secara percuma.

Melalui Klinik Bantuan Guaman Bergerak (KLUARGA), wanita berpeluang mencapai kesaksamaan sosial dan menikmati semula, kehidupan yang lebih baik setelah menghadapi krisis.

Konsep program KLUARGA dimulakan dengan satu sesi perkongsian yang akan mengetengahkan satu topik undang-undang berkaitan keluarga (Legal Talk) seperti perbezaan penceraian secara sivil dan syariah, hak penjagaan anak, nafkah anak dan ibu, keganasan rumahtangga, harta sepencarian dan yang berkaitan.

Seterusnya, peserta-peserta program yang memerlukan khidmat boleh mendapatkan khidmat secara bersemuka ‘one-to-one session’ bersama pasukan peguam sukarelawan .

Wanita KEADILAN Selangor akan terus berusaha melaksanakan pelbagai program dan kempen dari semasa ke semasa untuk memberi penerangan agar golongan ini akan lebih peka terhadap hak serta undang-undang yang melindungi mereka.

Kami berharap melalui penubuhan KLUARGA ini akan memberi banyak kemudahan kepada golongan wanita mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat di masa hadapan.

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini akan dapat meringankan beban menanggung kos guaman serta membantu mengembalikan hak yang sepatutnya mereka dapat.

Jelajah KLUARGA akan mula digerakkan di kawasan-kawasan Negeri Selangor bermula akhir Ogos ini dan seterusnya akan menjelajah ke seluruh negara.

Wanita KEADILAN Selangor juga akan membuka kaunter pendaftaran untuk peguam-peguam dan wanita-wanita lain di luar sana, mendaftar sebagai sukarelawan-sukarelawan di bawah inisiatif KLUARGA bagi membantu lebih ramai wanita.

Hjh Haniza Talha
Ketua Wanita Selangor
Parti Keadilan Rakyat – Sumber kredit Syarul Ema Rena @ Ratu Naga – Exco Wanita Keadilan

KLIK BACARatu Naga: Apa jaminan Najib kita tak jadi mangsa hutang China seperti Sri Lanka?

KLIK BACAUMNO bawa pengutip cukai lawan Tun Mahathir….kesiannya!

KLIK BACAPeguam Negara tak boleh nafi lagi kini DoJ mulakan siasatan jenayah berkaitan 1MDB

KLIK VIDEO: Raja Bahrin – Siasat Riza Aziz anak tiri Najib, bukan anak Mahathir

KLIK BACARafizi nafi minta maaf kepada Najib, Rosmah dan beri alasan bergurau

KLIK BACA: Rakyat terpaksa menanggung makan berak mereka!

KLIK BACA: ROBIN HOOD Malaysia punya nawaitu bukan boleh dikira betul – Subky Latiff

KLIK BACA: Najib duduk rumah, kerja di pejabat yang saya buat, sindir Tun Mahathir

Tolong Komen & Share